Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sulome Anderson melalui tulisannya dalam Foreign Policy, mendedahkan kisah transgender yang mencari makan di negara Teluk dengan memperdagangkan diri mereka.
Salah seorang daripada mereka, seperti yang beliau nyatakan ialah Mya, keturunan Thai-China, membesar di Jawa, bertutur dalam bahasa Inggeris loghat Indonesia. Ketika diwawancara, Mya memberitahu bahawa dia melayan kaum lelaki yang mencari keseronokan, yang ingin mencuba sesuatu yang baru, atau yang mempunyai masalah perkahwinan. Mya yang membuat keputusan untuk "bersarang" di Dubai kerana dia tahu di sana, dia dapat menghasilkan banyak wang daripada perdagangan seks transgender, atau dalam bahasa mudah, "dua alam." Mya, warganegara Kanada pernah ditahan dan dipenjarakan di Dubai, tetapi kemudian dibebaskan dan dihantar pulang.
Meskipun terlalu sedikit data tentang fenomena ini, Anderson yang merujuk aktivis dan peguam yang bekerja dengan pekerja seks transgender, bahawa perdagangan seks berkembang subur di Timur Tengah, terutamanya di negara Teluk, seperti Amiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, dan Bahrain, menarik beratus-ratus pekerja seks transgender, kebanyakannya dari Asia Selatan dan Kepulauan Pasifik. Semua negar ini patuh dengan undang-undang Islam yang ketat, mengharamkan homoseksual, dan melarang gay dari negara asing memasuki negara berkenaan.
Selain Mya, Diana, wanita transgender Filipina menceritakan pengalamannya sebagai pekerja seks di Dubai. Dia ke negara itu bersama-sama teman lelaki, tetapi hubungan mereka putus, dia menceburi pekerjaan seks. Dia mendapati pekerjaan itu saya menarik sebagai cara untuk menghasilkan pendapatan kerana orang lelaki di negara itu menggemari transekual. Nisbah yang yang dapat dihasilkan adalah 10 kali jika dia dapat menjaga hanya seorang pelanggan tetapi. "Jika anda mengekalkan hubungan dengan lelaki ini, anda dapat dari segi praktis, menjadi jutawan."
Selepas bekerja di Dubai selama dua tahun dengan menggunakan visa palsu dan pasport wanit yang dia beli dalam pasaran gelap, Diana memberitahu dia ditangkap dan dipenjarakan, sama seperti yang pernah Mya ceritakan. "Ada lima orang pondan Filipina, seorang Amerika, dan seorang Malaysia, bersama-sama saya," beritahu Diana. "Kami semua ditangkap bersama-sama." Ditanya tentang pengalamannya ketika ditangkap, Diana memberitahu bahawa dia dirogol.
Aktivis LGBT dari Timur Tengah dan Asia Selatan, seperti yang dipetik oleh Anderson bahawa apa yang terjadi terhadap Mya dan Diana adalah biasa berlaku.
Mengapa wanita transgender sanggup menghadapi risiko untuk bekerja di Timur Tengah adalah kerana wang. Mya memberitahu bahawa dia menghasilkan beribu-ribu dolar hanya bekerja beberapa hari. Namun, sumber LGBT memaklumkan bahawa keadaan lebih rumit daripada itu. Diskriminasi menyebabkan golongan transgender sukar mencari pekerjaan yang baik. Justeru, opsyen yang terbuka untuk mereka ialah pekerja seks, lebih-lebih lagi didorong oleh hakikat bahawa pekerjaan itu menghasilkan pendapatan yang lumayan.
No comments:
Post a Comment