Artikel Popular

Saturday, October 13, 2012

Tidak Ada Lagi Krisis?

SABTU, 13 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Carta harian The Economist menunjukkan pertumbuhan pendapatan setiap orang balik semula ke tahap prakrisis.  Ekonomi membangun menyumbang hampir semua pertumbuhan global dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap orang, memetik Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pada tahun 2011, ekonomi berkenaan menyumbang kira-kira 80 peratus, kerana ekonomi maju masih merahat daripada kemelesetan tahun 2008 - 2009. 

Walau bagaimanapun, carta harian itu memetik amaran IMF dalam World Economic Outlook terbaharunya bahawa risiko kelembapan teruk dalam pertumbuhan global semakin meningkat, dengan ketidakpastian dalam ekonomi kawasan euro dan dasar fiskal Amerika menyelubungi pemulihan.  Kebanyakan ekonomi besar dan ekonomi membangun juga sama, menyaksikan semakan ke bawah yang ketara terhadap ramalan KDNK mereka untuk tahun ini dan tahun depan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...