Artikel Popular

Monday, October 8, 2012

Rupi dan Ringgit Terajui Kejatuhan Suku Tahun Keempat

ISNIN, 8 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Rupi India dan ringgit Malaysia, menurut Oversea-Chinese Banking Corp. (OCBC), seperti yang dipetik oleh Bloomberg, akan menerajui kejatuhan mata wang Asia dalam suku keempat tahun 2012 kerana kemerosotan global melembapkan permintaan eksport. 

Rupi dan ringgit, yang menerajui kenaikan dalam tiga bulan sehingga September, akan jatuh, masing-masing 2.5 peratus dan 2.2 peratus berbanding dengan dolar pada akhir tahun ini.

Sementara itu, pertumbuhan di Asia Timur membangun, tidak termasuk Jepun dan India, menurut Bank Dunia, seperti yang dipetik oleh Bloomberg, berkemungkinan jatuh kepada 7.2 peratus pada tahun ini daripada 8.3 perattus pada tahun 2011. Kejatuhan ini menunjukkan tahap terendah sejak tahun 2001.

Jepun pula, akibat pertikaian dengan China, gara-gara sebuah pulau, maka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu dijangkakan merosot pada suku keempat tahun 2012, sebanyak 0.8 titik peratusan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...