Artikel Popular

Wednesday, October 3, 2012

Eropah: Generasi yang Hilang yang Amat Tragik

RABU, 3 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Sejak bermulanya Kemelesetan Besar pada tahun 2007, pengangguran dalam kalangan belia meningkat di seluruh dunia, terutamanya di Eropah.  Pada Mac 2012, menurut Derek Thompson, Sepanyol dan Greece yang terburuk, melepasi pengangguran belia 50 peratus. Bermakna lebih banyak pekerja Sepanyol dan Greece yang di bawah umur 25 tahun terpaksa hidup tanpa kerajaan, dan enam kemudian, keadaan semakin teruk.

Thompson memetik Eurostat yang menunjukkan pengangguran belia meningkat di seluruh Eropah sejak musim lalu, dan di Greece, pengangguran itu meningkat paling tinggi di benua itu, iaitu 10 titik peratusan.  Pengangguran di Greece dan Sepanyol kini masing-masing mencecah 55 peratus dan 53 peratus.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...