Artikel Popular

Thursday, October 4, 2012

Seks: Elakkan Peranan Gender!

KHAMIS, 4 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Megan Gannon, editor berita The Huffington Post, memberikan petua untuk mengadakan hubungan seks yang yang lebih baik.  Untuk menjadikan babak ranjang benar-benar menyeronokkan, menurut Megan, elakkan daripada mengamalkan peranan gender  kerana cara ini menyebabkan anda kurang selesa dan kurang selamat.

Beliau memetik kajian baru yang menunjukkan orang dewasa  muda yang mengandaikan bahawa lelaki sepatutnya memainkan peranan ketika mengadakan hubungan seks kurang kemungkinan untuk berasa yakin dalam situasi seksual dan kurang  terbuka  untuk menggunakan kondom wanita.  Kajian itu diterbitkan secara dalam talian dalam jurnal Sex Roles, melibatkan 357 orang wanita dan 126 orang lelaki (berumur 18 - 29 tahun). Para pelajar diberikan kajian untuk mengukur keyakinan seksual mereka, dan bertanyakan mereka bagaimana memperlihatkan mereka tentang mendapat  kepuasan seksual daripada pasangan mereka, menggunakan kondom dan mengambil langkah-langkah berjaga untuk seks yang lebih selamat.


Pendek kata, hubungan seks seelok-eloknya tidak satu hala, sebaliknya saling memberi dan menerima.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...