Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Malam yang panjang selalunya dikaitkan dengan malam pengantin, malam pertama. Namun, tidak begitu bagi Presiden Barack Obama yang nampaknya terpaksa menempuh detik genting lagi runcing semasa debat pertama Presiden di Denver, Colorado pada hari Rabu kira-kira pukul 9.00 malam (waktu Amerika). Debat yang dapat diikuti secara langsung melalui saluran televisyen dan Internet, antara dua calon yang sedang berlumba untuk memenangi Pilihan Raya Presiden tahun 2012.
Malam itu sesungguhnya, malam Mitt Romney yang berlepas dengan baik berbanding dengan Barack Obama yang kelihatan terhegeh-hegeh. Romney memperlihatkan kehebatan dan ketangkasan berdebat, ditambah dengan keyakinannya berbanding dengan Obama yang kelihatan letih, tidak bersedia, dan gugup, yang dikupas dengan cukup menarik oleh Gary Younge, "Romney memperoleh suara, Obama kehilangan suara dan karismanya."
Kedua-dua kempen menetapkan harapan yang rendah terhadap debat tersebut, tetapi hanya Obama memenuhi harapan itu. Younge memang tepat apabila beliau menegaskan bahawa "jika anda menonton debat itu tanpa mengetahui siapakah Presiden, anda tidak akan mengagak Presiden ialah Obama."
Sesiapa yang mengikuti siaran langsung debat itu, baik yang tinggal di Amerika Syarikat mahupun warga dunia, pastinya tidak percaya bahawa salah seorang peserta debat itu ialah Presiden negara besar. Obama kelihatan tidak bermaya, tidak bertenaga, tunduk membaca nota, jauh sekali untuk menyerang lawannya. "Romney bukan bintang, tetapi Obama kekurangan," ulas Alan Schoreder.
Sesungguhnya, rakyat Amerika, terutamanya para pengundi, dan para penonton tidak memerlukan cerdik pandai untuk memberitahu keputusan debat itu: Romney menang, Obama kalah, walaupun akhbar didapati tidak membesar-besarkan keputusan itu. Sebagaimana anggota Demokrat yang dalam masa 30 minit mengakui kalah, demikian orang lain yang awal-awal lagi dapat mengagak bahawa Obama menuju ke arah kekalahan. Beliau bukan sahaja mengecewakan Demokrat, para penyokongnya, bahkan orang ramai yang mengharapakan perdebatan yang jauh lebih baik. Dapat dibayangkan bagaimana kempen Obama dengan cemas memerhatikan "ayam sabung" mereka patah paruh dan hilang susuh, yang nampaknya sukar menerima hakikat tersebut.
Jelas bahawa Obama tidak mahu ke Denver kerana di sana beliau akan diadili akan rekod prestasinya selama hampir empat tahun di Rumah Putih dan "perubahan" yang beliau janjikan ketika Pilihan Raya Presiden empat tahun lalu. Beliau kelihatan tidak rela dibicarakan oleh kira 50 juta rakyat Amerika - anggaran jumlah yang menonton siaran langsung debat itu.
Seperti diberitahu oleh Steve Kornacki bahawa Obama bukannya pendebat terbaik: beliau tidak dapat menandingi Hillary Clinton dalam pemilihan awal Parti Demokratik pada tahun 2007 dan 2008, juga calon Presiden ketika itu, John McCain, yang bukannya pendebat yang baik. Namun, diketahui bahawa beliau membuat persiapan hampir empat tahun untuk mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua.
Pelbagai pihak, termasuk pihak kempen Romney dan Republikan sendiri bahawa lawan mereka berdebat seteruk itu: Obama membiarkan dirinya dibelasah teruk oleh Romney sejak awal-awal lagi. Romney bukan sahaja tidak membenarkan Obama memasuki wilayahnya, bahkan beliau mempertahankan rancangan cukainya yang cuba diacah oleh Obama.
Apakah selama hampir empat tahun di Rumah Putih, kalau mengikut ukuran masyarakat Malaysia, Obama hanya duduk "main zakar?" Obama seakan-akan benci pekerjaannya sehingga beliau kelihatan sambil lewa dalam debat penting yang sepatutnya menamatkan kempen Romney. Bahkan, beliau, menurut Amy Davidson, mensia-siakan tujuh peluang yang terbuka semasa debat itu.
Terlalu banyak ulasan atau komen tentang debat pertama Presiden itu, terima kasih kerana adanya Internet. Obama yang diibaratkan oleh Dana Milbank "maharaja tanpa pakaian" kerana kecundang begitu teruk dalam debat itu, menerima padah kerana beberapa jam sebelum debat, beliau mengelak daripada media - tidak berlatih untuk bersoal jawab.
Sementara bekas Naib Presiden dan bekas calon Presiden, Al Gore yang tidak mahu ketinggalan mengemukakan pendapatnya bahawa aras ketinggian Denver menyebabkan prestasi muram Obama. Tidak dapat dipastikan hubungan sebab-musabab antara bentuk muka bumi dengan prestasi pendebat. Namun, hujah ini mengundang persoalan tentang persediaan Obama dan kempennya yang kelihatan tidak ambil kira faktor tersebut. Untuk menyertai debat penting itu,Obama dan pasukannya sepatutnya ke Denver lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mungkin tidak memihak kepada dirinya.
Dengan "keputusan" debat pertama, Romney yang sebelum ini "tinggal nyawa ikan," dapat bernafas semula dan seterusnya memberikan suntikan semangat kepada kempennya dan Republikan. Selain itu, seperti yang dibahaskan oleh David Corn, "perlumbaan bermula sekali lagi." Hanya yang menjadi persoalan sekarang, setakat mana debat yang memihak kepada Romney itu mempengaruhi pendirian para pengundi, seperti yang cuba diperkatakan oleh Ezra Klein dalam The Washington Post: Berapa banyak mempengaruhi tinjauan pendapat?, Harry J. Enten dalam The Guardian: Adakah beliau akan menang dalam pilihan raya?, dan Nate Cohn dalam The New Republic: Adakah cukup untuk menjadi titik tolak?
Walau bagaimanapun, Barack Obama tidak menunggu lama untuk bangkit daripada kekalahan itu dengan mengingatkan Romney: "Anda berhutang kebenaran dengan rakyat Amerika." Kempen Romney pula dilaporkan selepas debat pertama Presiden terpaksa membuat penjelasan tentang hujah Romney. Bahkan, kenyataan Romney tentang pemotongan cukai sebanyak AS$5 trilion, seperti yang dibahaskan oleh Robert J. Samuelson dalam The Washington Post, membayangkan selepas "47 peratus," Romney sekali lagi melakukan kesilapan tentang angka. Apakah Mitt Romney yang gemar bermain angka akan mati bersama-sama angka?
Pada pihak Barack Obama pula, memetik John Cassidy, "Adakah beliau akan bangkit semula selepas Denver?"

No comments:
Post a Comment