Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Selebriti nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk membabitkan diri dalam pilihan raya di Amerika Syarikat kali ini. Yang terbaharu, Lindsay Lohan, seperti yang dilaporkan oleh Los Angeles Times, The Huffington Post, dan National Journal, menyokong calon Republikan, Mitt Romney. Miley Cyrus pula dilaporkan menyokong Presiden Barack Obama, manakala pelakon Morgan Freeman yang merupakan penyokong Obama dan pernah menyumbang AS$1 juta untuk super PAC, muncul sebagai narator dalam iklan kempen Obama.
Sementara Bruce Springsteen, sebagaimana dua pilihan raya sebelum ini, terus memberikan sokongan kepada calon Demokrat. Pada hari Khamis ini, Springsteen dilaporkan, akan menyertai bekas Presiden Bill Clinton yang kini giat berkempen, dalam rapat umum Obama, di Parma, Ohio. Seterusnya, pada hari yang sama, bintang rock ini akan muncul di Ames, Iowa.
Springsteen tidak asing bagi rapat umum Demokratik. Hujung minggu sebelum Hari Pilihan Raya tahun 2008, beliau menghiburkan 80,000 orang khalayak dalam majlis Obama di Cleveland. Empat tahun sebelum itu, Springsteen mengambil bahagian dalam rapat umum yang sama untuk Senator John Kerry, yang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden. Hari Selasa ini merupakan acara kempen pertama beliu dalam pilihan raya kali ini.
Tatkala kempen semakin rancak dan Hari Pilihan Raya hanya tinggal kira-kira tiga minggu, bintang lucah menyatakan pilihan mereka. Dalam tinjauan pendapat yang Presiden Barack mungkin tidak menunjuk-nunjuk, pelakon lucah berkata mereka, menurut The Huffington Post, menyokong pemilihan semula Presiden berbanding dengan pemilihan Mitt Romney.
Anggota industri dewasa ini ditanya, "Siapakah calon yang anda suka dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat?" pada laman Web XBIZ. Meskipun saiz sampel hanya 339 orang responden adalah kecil, 68 peratus memilih Obama, hanya 13 memihak kepada Romney, 14 peratus mengutamakan "orang lain," dan lima peratus menjawab "Saya tidak peduli."
No comments:
Post a Comment