Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Shannon Bradley-Colleary menulis The Huffington Post tentang pengalaman kawannya, Mistress Justine yang berkahwin dengan Raoul (kedua-duanya bukan nama sebenar) selama 15 tahun dan mempunyai dua orang anak. Kalau terakhir mereka bersembang, Mistress mengakui bahawa kehidupan seks telah tepu.
Tiba-tiba dalam pertemuan kali ini, Shannon melihat kawannya berubah wajah, hilang berat badan, dia agak mungkin 15 lb. Kawannya itu mengakui memang berat badannya turun kerana dia mengadakan hubungan seks dengan suaminya dua kali sehari. Benar-benar mengejutkan Shannon.
Macam-macam cara kawannya lakukan, seperti memasang kunci bilik tidur supaya anak-anak tidak boleh masuk, dan membeli bengkung dan bukannya coli. Sambil mendengar cerita kawannya itu, Shannon terfikir bahawa beliau terpaksa berusaha lebih dengan menggoda suaminya sendiri.
No comments:
Post a Comment