Artikel Popular

Saturday, December 15, 2012

Obama Menangis Lagi!

SABTU, 15 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam masa kurang dua bulan, Presiden Barack Obama menangis tiga kali.  Pertama,  ketika kempen terakhir di Des Moines, Iowa. Selang beberapa hari selepas itu, Obama menangis sekali lagi, iaitu ketika beliau mengadakan pertemuan  untuk menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada staf  di ibu pejabat kempennya di Chicago sebaik-baik sahaja  beliau menang  untuk penggal kedua dalam Pilihan Raya Presiden tahun 2012

Obama yang seakan-akan kaya dengan air mata, hari ini (Jumaat di Amerika Syarikat) menangis lagi apabila beliau  muncul dalam sidang akhbar berikutan kejadian tembakan di sekolah asas Sandy Hook, Newtown, Connecticut, yang mengorbankan 27 nyawa, termasuk 20 orang murid. "Hati kita hancur luluh," kata Obama yang tidak dapat mengawal perasaannya.   

Sekali lagi, kawalan senjata mendapat perhatian,  media melakukan kesilapan, dan pastinya, cadangan untuk menghentikan tragedi yang kerap berlaku itu.  Dengan kejadian terbaharu itu, sekali lagi, bahas Michael Mechanic, "senjata digunakan untuk membunuh antara satu sama lain."  Melihat Obama yang kesedihan itu, John Dickerson yang menulis dalam Slate, "hari ini ialah hari untuk menangis dan bukannya untuk politik, dan tugas Presiden hari ini adalah untuk menenangkan negara dan bukannya mencari kepentingan politik."  

Sementara Allison Benedikt mengingatkan Presiden Obama bahawa "hari ini ialah hari untuk mempolitikkan tragedi ini."   Peringatan itu tentunya memberikan respons terhadap ulasan Jay Carney, jurucakap Rumah Putih yang menegaskan bahawa "hari ini bukan masanya untuk membincangkan kawalan senjata api" yang mencetuskan persoalan, "jika bukan sekarang, bila?"


Balik kepada Presiden Obama yang kehibaan itu,  beliau seperti yang dibahaskan oleh David Remnick dalam The New Yorker, "perlu melakukan sesuatu, tidak memadai dengan menangis semata-mata."  Sememangnya, usaha untuk menghentikan keganasan senjata api, bermula dengan beliau - memetik Reid Wilson

Kalau selalu  menangis tanpa apa-apa tindakan, maka orang akan berkata "air mata buaya." 


1 comment:

  1. OBAMA MENANGIS 3 KALI TAPI PM MSIA SUMPAH 3 KALI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...