Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sebagaimana di San Francisco, kami hanya menginap satu malam di Park Inn, Fresco. Dan seperti biasa juga, selepas sarapan, kami yang terdiri daripada 23 orang dewasa dan empat orang kanak-kanak bersama-sama pemandu pelancong, dibawa ke destinasi seterusnya: Las Vegas.
Bertolak dari Park Inn pukul 8.30 pagi, dalam perjalanan saya mengambil kesempatan memerhatikan keadaan keliling sambil mencatatkan apa-apa yang saya lihat, dan sekali-sekala mengambil gambar. Oleh sebab saya duduk di sebelah kanan bas, perhatian saya banyak tertumpu pada persekitaran di sebelah ini.
Meneliti semula catatan ringkas saya, di sebelah kanan jalan, wujud pengedar kereta Honda, stesen Shell, dan ladang ternakan kuda. Sepanjang jalan kelihatan ladang pertanian, ladang buah-buahan, dan ladang ternakan lembu.
Sambil mendengar pemandu pelancong "berceloteh" di hadapan, mata saya asyik memerhatikan sebelah kanan jalan: ladang pertanian, Harley Davidson Motor, Lawrence Tractors Company, dan Akal Travel Plaza - masih lagi di California. Sementara di sebelah kiri, kelihatan anggur, yang buahnya, menurut pemandu pelancong, dibuat wain. Juga kelihatan stesen Chevron, Shell. Ladang pertanian masih kelihatan. Pada suatu ketika saya cuba mengambil gambar motel yang terletak di sebelah kanan jalan. Tidak ketinggalan McDonald's.
Pukul 10.00 pagi matahari memancar, beberapa orang anggota rombangan kami mula menurunkan langsir bas. Saya masih berdegil masih tidak mahu melepaskan peluang untuk memerhatikan persekitaran di sebelah kanan, membiarkan cahaya matahari "menerjah" ke muka. Kelihatan Clarion Hotel, Rosdale Hotel, stesen Mobil, McDonald's.
Kira-kira 25 minit kemudian, bas yang membawa kami singgah di Royal Truck Wash - masih di California - untuk berehat dan seperti biasa, membuang air kecil bagi orang yang macam saya terutamanya. Dalam kalangan kami, ada yang membeli barang keperluan, seperti air mineral berkotak-kotak kerana murah, gula-gula, kemeja-T. Di sebelah Royal Truck Wash kelihatan stesen Shell dan Noble Romans Piza.
Kami meneruskan perjalanan pada pukul 10.45; di sebelah kanan masih kelihatan ladang pertanian. Sekali-sekala saya menoleh ke sebelah kiri yang juga kelihatan ladang pertanian, dan jajaran bukit-bukau berpasir. Pemandu pelancong memberitahu bahawa bukit-bukau kelihatan dekat, sebenarnya jauh, kira-kira satu jam perjalanan. Dia juga memberitahu bahawa ladang anggur - buahnya dijadikan wain. Bukit-bukau juga kelihatan di sebelah kanan. Pendekat kata, di sebelah menyebelah jalan ialah bukit-bukau atau tanah tinggi. Bukit-bukau yang gondol, rumput kekeringan. Di sebelah kiri dan kanan juga kelihatan pokok yang sederhana besar.
Pada suatu ketika, di sebelah kanan kelihatan bukit-bukau bertumbuhan dan pokok-pokok yang tumbuh. Di atas bukit, kiri dan kanan jalan kelihatan benda, seperti kincir angin. Tiba-tiba di sebelah kanan, muncul kereta api dengan gerabak yang panjang, J.B. Hunt Intermodal, yang bergerak perlahan.
Singgah di Barstow Station pada pukul 12.35 - di situ terdapat Burger King, McDonalds, Carl's Junior, dan Seafood Shoppe. Sebelum bas berhenti, pemandu pelancong mencadangkan kami makan di Carl's Junior kerana katanya, restoran ini tidak ada di Malaysia (isteri saya memberitahu saya sebenarnya, ada). Sebilangan besar kami ke restoran itu, manakala yang sebilangan kecil ke McDonald's. Saya memesan kentang goreng dan Coca-Cola dan isteri saya hanya meminta aiskrim. Minuman kami kongsi kerana boleh ditambah sesuka hati, termasuk minuman soda lain yang disediakan di situ.
Pukul 1.40 petang kami meneruskan perjalanan, dan kira-kira 3.15 petang, kami mula memasuki Las Vegas, kasino mula kelihatan. Akan tetapi, gurun dan bukit-bukau yang gondol masih kelihatan. Saya cepat melihat Gold Strike Casino sebelum kami tiba di Monte Carlo - pukul 4.15 petang daftar masuk.
Suatu perjalanan yang agak jauh, kiri kanan jalan gurun dan bukit-bukau. Namun, demi Las Vegas kuharungi jua.

No comments:
Post a Comment