Artikel Popular

Friday, December 14, 2012

Setiap Orang British Sepatutnya Bertutur dalam Bahasa Inggeris

JUMAAT, 14  Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Empayar menyerang balas.  Pelaksanaan atau penegasan dasar bahasa lazimnya dilakukan oleh negara pascakolonial.  Bagi sesebuah negara bekas kolonial atau bekas empayar, seperti Britain, langkah bahasa seperti itu memang kelihatan aneh.  Pada tanggapan umum, bahasa Inggeris, apatalah lagi di negara ibundanya,  sudah mantap, baik dari segi pelaksanaan mahupun pengunaannya.  

Sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi dan bahasa ilmu, pastinya memeranjatkan  apabila  Ed Miliband, pemimpin Parti Buruh, dilaporkan menggesa setiap orang British sepatutnya bertutur dalam bahasa Inggeris.  Staf dalam semua pekerjaan yang dibiayai oleh dana awam yang berinteraksi dengan orang ramai perlu menunjukkan kecekapan dalam bahasa Inggeris di bawah kerajaan Buruh. Miliband akan membuat pengumuman tentang perkara itu  pada hari Jumaat.

Dalam merangka daya usaha utama untuk meningkatkan integrasi sosial di Britain, pemimpin Buruh itu akan menegaskan bahawa setiap warganegara sepatutnya tahu bagaimana bertutur dalam bahasa Inggeris.

Demikian ketegasan Ed Miliband. Bagaimana di Malaysia?  Semuanya haru-biru, cacamarba. Dasar bahasa kebangsaan yang mantap, dimusnahkan sejak hampir dua  dekad yang lalu.  

Beranikah pemimpin, baik dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan Rakyat, mengikut langkah Miliband: setiap rakyat Malaysia sepatutnya bertutur dalam bahasa Melayu/Malaysia.  Jauh panggang dari api. Masuk bab bahasa, semuanya tidak ada bola, semuanya kecut perut!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...