Artikel Popular

Sunday, December 16, 2012

Bahasa dan Pembinaan Bangsa

AHAD, 16 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pengumuman pemimpin Parti Buruh, Ed Miliband, supaya setiap orang British sepatutnya bertutur dalam bahasa Inggeris,  seperti yang dijangkakan, membangkitkan respons segera.  Miliband, menurut Sunny Hundal, perlu mencari cara baru untuk meraikan kebritishan. Inilah kali pertama, pemimpin Buruh menggarap secara yakin isu "integrasi budaya" dan pentingnya bertutur dalam bahasa Inggeris. 

Meskipun Miliband dikritik oleh sebilangan puak kiri dan tidak mendapat sambutan puak kanan, tegas Hundal, ucapan iltu wajar dianggap serius.  Miliband menolak asimilasi dan berkata bahawa orang ramai sepatutnya mampu mengekalkan budaya mereka sendiri, meskipun mereka mengintegrasikan diri mereka ke dalam masyarakat British.

Hundal juga menyatakan pengalamannya membikin dokumentari tentang nasib wanita yang datang ke United Kingdom dari Asia Selatan sebagai pengantin, dan tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris. Dalam pada itu, beliau juga mengakui bahawa "keupayaan bertutur dalam bahasa Inggeris merupakan prasyarat untuk integrasi dan pembinaan bangsa."   

Dalam konteks yang lebih luas,  untuk mana-mana negara, lebih-lebih negara pascakolonial, pentingnya bahasa dalam pembinaan bangsa, tetapi malangnya, kini berkecai di Malaysia!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...