RABU, 19 Disember 2012
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Saya dan isteri serta anggota rombongan yang lain hanya menginap satu malam di Holiday Inn Civic Center. Saya bangun agak awal sebab tidak dapat tidur, mungkin kerana 3.00 pagi di San Francisco, waktu di Malaysia kira-kira 7.00 petang (kita awal lebih kurang 16 jam). Oleh sebab mata saya enggan tidur lagi, maka kira-kira pukul 5.00 pagi, saya menggunakan masa yang terluang itu dengan meninjau kawasan keliling dari bilik penginapan. Kelihatan kereta, teksi, bas, pejalan kaki, dan penunggang basikal.
Selepas sarapan di hotel itu, tetapi tidak perlu daftar keluar, kami ke destinasi seterusnya. Bas yang membawa kami meninggalkan hotel itu pada pukul 7.55 pagi. Sementara bas meneruskan perjalanan dalam suasana cuaca mendung, pemandu pelancong, Benny Low yang duduk di hadapan berceloteh memberitahu sesuatu, khususnya tentang kota San Francisco.
Tatkala kami melalui satu demi satu bangunan kediaman, Benny memberitahu bahawa jika di tepi kediaman berkibar bendera warna-warni, itu menunjukkan bahawa kediaman berkenaan didiami gay. Mereka sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk berkongsi pengalaman, jelas pemandu pelancong. Di sini, menurut pemandu pelancong dari Pulau Pinang itu, mereka tidak segan-silu untuk menyatakan diri mereka gay.
Pada hari kedua kami di San Francisco, destinasi pertama ialah Puncak Kembar (Twin Peaks) untuk seketika sebelum ke Golden Gate. Cuaca sejuk benar-benar menyeksakan diri saya kerana terasa ingin membuang air kecil yang amat sangat, terpaksa bertanyakan pemandu pelancong di manakah tandas.
Melawat Golden Gate membangkitkan memori saya tentang jambatan gantung ini semasa di sekolah rendah kerana ketika itu saya dan beberapa rakan diberitahu (kalau tidak silap oleh guru saya) bahawa jambatan itu dibuat daripada emas. Saya yang berasa terpegun terbayang akan keindahan jambatan emas itu. Dalam kalangan kami sebagai murid, ada yang memperelokkan cerita dengan memberitahu berlaku percubaan untuk mencuri emas jambatan itu, tetapi gagal.
Untuk seketika saya percaya bahawa jambatan itu benar-benar dibuat daripada emas. Walau bagaimanapun, saya ke sini bukan bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang sebenar tentang "jambatan yang dibuat daripada emas" itu. Jawapannya sudah lama terjawab. Jika agensi pelancongan yang mengatur segala-galanya.
Berhampiran Golden Gate, kelihatan beberapa buah bangunan, seperti Bridge Round House, Bridge Cafe, dan Bridge Pavilion - kesemuanya menggunakan nama jambatan.

No comments:
Post a Comment