Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dengan perjalanan tanpa berhenti, kami tiba di Laughlin pada pukul 2.45 petang. Memasuki kawasan ini, terasa seakan-akan memasuki Las Vegas kerana kewujudan kasino, antara yang kelihatan Riverside Resort Hotel & Casino. Namun, Laughlin, menurut pemandu pelancong "bandar kecil," dan dengan itu, tidak setanding Las Vegas.
Kami sepatutnya terus mendaftar masuk di hotel tempat menginap, iaitu Harrah's, tetapi oleh sebab kami tiba awal, maka pemandu pelancong membawa kami bersiar-siar di pusat beli-belah. Kami akan diturunkan di sini dan kemudian pemandu bas akan datang menjemput kami ke hotel. Untuk khidmat itu, pemandu pelancong mencadangkan setiap orang memberikan "tip" kepada pemandu bas itu.
Kali ini, Laughlin Outlet Center menjadi tumpuan kami. Sementara menunggu pemandu pelancong mendapatkan kupon diskaun dan risalah, saya dan beberapa orang lain, tanpa lengah-lengah ke tandas. Di sini, isteri saya cuba mencari pakaian untuk dua orang menantu perempuan kami dan pakaian dua orang cucu kami.
Tidak ada pakaian yang sesuai untuk menantu kerana kebanyakannya pakaian untuk cuaca sejuk, tetapi isteri saya menghabiskan banyak masa untuk memilih dan akhirnya membeli pakaian untuk cucu kami, Dania dan Hannah di Carter's babies and kids. Bosan menunggu agak lama di dalam kedai itu, saya akhirnya duduk di luar, membiarkan isteri membeli-belah. Turut sama dalam kedai kanak-kanak itu Zafeena dan suaminya, Azeil dan dua orang anak perempuan mereka. Rupa-rupanya isteri saya mengadu kepada pasangan suami isteri ini bahawa saya sejak di Las Vegas Premium Outlets mendesak dia membeli pakaian untuk dua orang cucu kami, dan telah pun dibeli di sana lagi. Sebenarnya, semasa di sana, kami juga masuk dan mencari pakaian di Carter's, tetapi tidak ada yang sesuai.
Di sini, kami hanya membeli pakaian untuk dua orang cucu. Selepas di Carter's, saya isteri bersiar-siar di pusat beli-belah dua tingkat, memasuki beberapa buah kedai, antaranya Levi's dan kedai vitamin. Turun di tingkat bawah kami memasuki sebuah kedai ingin mencari barang yang dipesan oleh anak lelaki saya, yang kami cari sejak di Las Vegas, tetapi belum ditemui.
Sementara menunggu bas datang menjemput kami pada pukul 6.00 petang, saya dan isteri "kena" mi goreng dan kacang hijau goreng di Rice Garden yang terletak di medan selera tingkat bawah. Di sini, minuman soda tidak boleh ditambah percuma - memadailah dengan segelas Pepsi. Pukul 5.30 petang, kami sudah bersiap untuk ke hotel penginapan. Hari sudah gelap.
Sebagaimana Monte Carlo, di Harrah's juga wujud kasino, bahkan lebih besar lagi. Namun, saya perhatikan bahawa wajah-wajah kaki judi yang di sini berbeza dengan di Monte Carlo yang kelihatan lebih "kosmopolitan." Sebagaimana di Holiday Inn di Williams, selepas mendaftar masuk dan mengangkat barang ke bilik masing-masing serta berehat sekejap, kami turun untuk makan malam di restoran yang terletak di lobi hotel dengan melalui kawasan kasino.
Sepanjang makan angin, hanya di dua buah hotel kami makan malam. Ketika melalui kawasan itu, saya terpandang Restoran McDonald's yang juga terdapat di situ. Berbeza dengan di Holiday Inn, yang makan malam berdasarkan menu, di Harrah's kami disajikan bufet. Udang, ikan salmon, dan salad menjadi pilihan saya, di samping bermacam-macam pencuci mulut.
Ketika menunggu isteri memilih makanan untuk dirinya, saya sempat berjenaka dengan Azeil dan isterinya yang duduk bersebelahan dengan meja kami bahawa "saya masa muda pergi ke mana-mana kurang ingat anak dan isteri, tetapi apabila tua, pergi makan angin sekejap ingat akan cucu yang dua oranga itu." Mereka ketawa. (Sebenarnya, Azeil yang memberitahu saya bahawa isteri saya mengadu kepada mereka.)
Selepas makan dan pulang ke bilik penginapan, tetapi tatkala isteri saya mula memejamkan mata, saya diam-diam keluar, ingin merayap di kasino serta mencari anggota rombongan yang lain. Di situ saya terserempak dengan Go Kok Ling bersama-sama isteri dan anak lelakinya. Melihat suaminya ingin bersembang-sembang dengan saya, isterinya meninggalkan kami bertiga - pulang ke bilik. Ketika bersembang itu, saya ternampak beberapa anggota rombongan kami mencuba nasib.
Walau bagaimanapun, tidak lama kami di sini. Go dan anaknya beredar dahulu, sebentar kemudian saya menyusul.

No comments:
Post a Comment