Artikel Popular

Wednesday, December 12, 2012

Obama Kumpul Dana dengan Tiga Perkataan

RABU,  12 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Setelah Presiden Barack Obama berjaya untuk penggal kedua, hingga kini,  kempen beliau sering diperkatakan, antaranya dari segi permainan padang, pangkalan data, dan pengumpulan dana

Kempen Obama mencipta kejayaan yang menakjubkan dalam pengumpulan dana, meskipun pada mulanya mereka menghadapi beberapa rintangan, kerana para penderma dari Wall Street yang menyokong Obama pada tahun 2008 berpaling tadah dengan memihak kepada Mitt Romney, manakala para penderma besar yang masih setia kelihatan teragak-agak untuk menghulurkan derma kerana sebilangan mereka menentang pembabitan super PAC. 

Namun, apabila Pilihan Raya Presiden selesai, terbukti bahawa Barack Obama dan kempennya memang hebat dalam pendanaan politik.  Obama untuk Amerika, kempen Presiden sendiri, dilaporkan berjaya mengumpulkan AS$1.4 bilion dalam derma kempen dalam dua kali Obama terlibat dalam Pilihan Raya Presiden. 

Yang pastinya menarik, ialah Obama hanya menggunakan tiga perkataan untuk merayu sumbangan yang akhirnya beliau dan kempennya berjaya mengumpulkan beratus-ratus juta dolar.  Joshua Green yang menulis dalam Bloomberg Businesswseek mendedahkan "sains di sebalik e-mel kempen Obama itu," iaitu mesej yang dihantar oleh Barack Obama:  "Join me for dinner?"  "It's officially over,"  "It doesn't to be this way,"  atau sekadar "Wow." 

Walaupun ada yang mempersendakannya, bahas Green, mesej tersebut berkesan. "Kebanyakan AS$690 juta yang Obama kumpulkan dalam talian datangnya daripada e-mel pendanaan."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...