Artikel Popular

Friday, July 27, 2012

Televisyen Kabel Akan Lenyap?

JUMAAT, 27 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Adakah televisyen kabel akan lenyap bersama-sama pejabat pos dan perpustakaan awam? Begitulah kira-kiranya, seperti yang dibayangkan oleh Daniel Fisher.  

Di Amerika Syarikat, menurut Fisher yang menulis dalam Forbes, kabel menghadapi persaingan yang terhad, kemudian muncul jalur lebar wayarles yang mungkin penting untuk menyekat kuasa pasaran kabel dalam akses jalur lebar yang sangat pantas.  Perkhidmatan wayarles generasi keempat baru (4G) merupakan kepantasan yang luar biasa, dan semakin pantas. Jika dipersiapkan secara betul, jalur lebar wayarles mampu menyediakan kekangan daya saing terhadap kabel.


Bagaimana Teknologi Mengubah Cara Kita Bercakap

JUMAAT, 27 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Derek Thompson menulis dalam The Atlantic tentang abad sosial, iaitu 100 tahun bercakap, menonton, membaca dan menulis di Amerika.

Pada tahun 1900, berkomunikasi adalah mudah, jelas Thompson.  Anda boleh bercakap dengan seseorang.  Anda boleh menulis surat.  Anda boleh membaca dakwat yang bercetak pada kertas.  Jika anda memiliki telefon, anda ialah golongan satu peratus.

Pada tahun 1950, empat dalam 10 isi rumah  memilik telefon atau radio.  Jika tidak, instrumen pembuatan dan penggunaan maklumat tidak banyak berubah.  Bercakap dengan orang atau membaca halaman merupakan hampir keseluruhan semua diet komunikasi keluarga.  Jika anda memiliki televisyen, anda merupakan golongan sembilan peratus.

Pada tahun 2012, kita terpaksa hidup menerusi ledakan Cambrian teknologi komunikasi.  Jika anda ingin membuat atau menggunkan maklumat, anda boleh melakukannya pada Facebook, pada Tumblr, pada Twitter, pada Pinterest, pada Foursquare, dalam teks, pada telefon mobil, pada telefon talian, pada telefon VOIP, pada televisyen, pada iPads, dengan fon kepala, dengan pembesar suara, padaa radio, secara bercetak, dalam mel, dan terutamanya jika Gchat dan Twitter terpadam, anda masih dibenarkan bercakap ke dalam muka manusia secara sebenar, secara langsung.

Graf yang ditunjukkan di bawah beliau petik daripada kertas McKinsey Global Institute tentang rangkaian sosial, iailah 110 tahun sejarah bercakap, menonton, membaca, dan menulis.




Media Sosial Zaman Dahulu

JUMAAT, 27 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Lima abad sebelum Facebook dan Pemberontakan Arab, menurut The Economist, media sosial membantu  Reformasi yang diterajui oleh Martin Luther.   Seterusnya, dalam The Atlantic, Robinson Meyer menulis rangkaian sosial kertas pada abad ke-17, yang beliau sifatkan Twitter pada tahun 1670-an.




Pejabat Pos dan Perpustakaan Awam Akan Lenyap?

JUMAAT, 27 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sukar untuk dibayangkan bagaimana organisasi yang merupakan sebahagian budaya kita sedang menghitung detik untuk berakhir.  Namun, itulah hakikatnya yang terjadi pada organisasi tertentu yang kewujudan serta kelangsungannya tidak dapat dipertahankan lagi.  

Perkhidmatan pos ibarat telur di hujung tanduk.  Bagaimana dunia kelihatan tanpa mel.  Demikian tajuk akhbar Internet, The Huffington Post, yang memberikan liputan bahawa perkhidmatan pejabat pos di Amerika Syarikat, kira-kira 3700 menjadi sasaran penutupan, kebanyakannya di kawasan luar bandar. Selain pemotongan belanjawan kerajaan yang menjejaskan perkhidmatan pos, perkhidmatan itu juga menghadapi   saingan Internet,  meskipun Internet masih belum menyeluruh. Perkhidmatan pos di negara itu akan menjadi dinosaur dan tidak lama  lagi pasti pupus.

Nasib yang hampir sama dijangkakan menimpa perpustakaan awam di negara itu, seperti yang dibahaskan oleh David A. Bell dalam The New Republic.  Salah faktornya ialah e-buku yang jualannya terus meningkat.  Beliau memetik kajian Pew bahawa 21 peratus rakyat Amerika membaca e-buku pada tahun lalu. Faktor lain ialah Internet, tetapi beliau mengakui Internet belum tersebar meluas di Amerika Syarikat.

"Suka atau tidak suka," tulis Bell, "perpustakaan awam yang besar di dunia tidak akan kekal seperti yang wujud pada hari ini, tidak pada zaman tekanan kos yang keras yang perkadaran yang lebih besar warga membawa kira-kira sama jumlah perpustakaan penyelidikan dalam poket dan dompet mereka."  Beliau mengingatkan bahawa transformasi sedang berlaku.  "Perpustakaan dunia sedang berubah, dan kita perlu berubah bersama-samanya."


Thursday, July 26, 2012

Menunggu Perolehan Facebook Penuh Debaran

JUMAAT,  27 Julai 2012  (Kemas kini 27 Julai, 10.35 pagi)
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jika para pelabur menghitung detik terakhir penyenaraian Facebook dengan tawaran awam  permulaan (IPO) terbesar kira-kira dua bulan lalu, kini mereka menunggu laporan perolehan media sosial itu dengan penuh debaran.  


Pada hari pertama, iaitu pada Jumaat 18 Mei lalu, saham Facebook dibuka pada harga AS$42 sesaham, AS$4 mengatasi harga tawaran, AS$38 - satu daripada jualan saham yang paling kegila-gilaan dalam sejarah. Pada hari itu, Facebook dikatakan nyaris-nyaris diaibkan kerana harga sahamnya menjunam di bawah harga tawaran, tetapi akhirnya ditutup pada harga AS$38.23, meningkat 0.61 peratus. Hari yang penuh kekecewaan untuk para pelabur.  


Mark Evans yang menulis dalam Forbes pernah mengingatkan para pelabur menjauh diri mereka daripada IPO Facebook, tetapi tidak sesiapa yang mempedulilkannya.  Hanya dalam beberapa hari diniagakan, para pemegang saham mengambil tindakan terhadap Facebook dan banker Wall Street berhubung dengan unjuran kewangan pra-IPO. Para pelabur menegaskan bahawa mereka dikelirukan dalam membeli saham firma rangkaian sosial itu.


Oleh sebab harga saham Facebook, kini para pelabur begitu berminat ingin mengetahui perolehan suku kedua firma ini.  Saham Facebook kini diniagakan sekitar AS$27 atau AS$29, kira-kira 25 peratus di bawah IPO.  Bank utamanya, iaitu Morgan Stanley  melaporkan kerugian sebelum cukai AS$673 juta. 






Facebook, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian,   The Telegraph, dan The Economist,  mengumumkan keputusan pertama selepas IPO bahawa hasil diperoleh ialah AS$1.18 bilion untuk tiga bulan berakhir pada 30 Jun, mengatasai jangkaan para penganalisis, tetapi menanggung kerugian AS$157 juta. 

Super PAC Super Kaya

KHAMIS, 26 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kali ini menyaksikan kemunculan super PAC yang mewarnai politik Amerika Syarikat, yang berperanan mengumpulkan derma untuk calon yang bertanding dan parti calon berkenaan.  Wang yang berjaya dikumpulkan itu digunakan pula oleh super PAC untuk kempen calon yang disokong mereka melalui iklan.

Sejak tiga bulan lalu, super PAC,  menurut Bloomberg,  membelanjakan lebih AS$100 juta melalui iklan, tetapi gagal mengubah pendapat awam.  Di tujuh buah negeri yang menjadi pertarungan, Presiden Barak Obama mendahului sedikit lawannya, Mitt Romnet, menurut tinjauan pendapat yang terbaharu.  

Kempen Obama dianggarkan membelanjakan AS$49.6 juta untuk iklan di tujuh negeri berkenaan dalam 90 hari lalu, manakala Romney membelanjakan AS$19.6 juta.  Crossroad GPS American for Prosperity, dan Restore Our Future, tiga kumpulan luar menyokong Romney, membelanjakan AS$29 juta di tujuh negeri yang menjadi pertarungn itu, manakala Priorities USA Action, yang diasaskan oleh bekas pembantu Obama, berbelanja AS$4.6 juta di negeri berkenaan.  

Walau bagaimanapun, kelebihan kempen iklan Obama dikatakan dicabar oleh kumpulan pro-Romney.  Kempen Obama juga diperhatikan bahawa setakat ini berbelanja terlalu banyak berbanding dengan dana  yang dikumpulkan setiap bulan. Selain itu, penderma utama Obama dalam Pilihan Raya Presiden tahun 2008,   menghilangkan diri untuk kali ini, kecuali jutawan Demokratik yang masih menyumbangkan dana.  

Menurut analisis Sunlight Foundation, super PAC yang menyokong Republilkan mengumpulkan dana AS$227 juta untuk pilihan raya kali ini, manakala super PAC yang menyokong Demokratik mengumpulkan dana AS$77 juta. Dalam kalangan super PAC itu, Restore Our Future yang pro-Romney berjaya mengumpulkan lebih banyak wang, iaitu AS$82 juta berbanding dengan semua super PAC yang menyokong Demokratik, seperti yang didedahkan oleh Andy Kroll dalam Mother Jones.   Satu super PAC mengalahkan beratus-ratus pesaing.



Dengan kemunculan super PAC ini dikhuatiri bahawa demokrasi akan tercemar dan Rumah Putih boleh dijual beli - memetik Ezra Klein, "wang merosakkan politik lebih teruk daripada yang anda fikirkan."


Pencarian Porno Bermusim?

KHAMIS, 26 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sebagaimana hubungan seks yang dikatakan "kegalakannya" bermusim, maka demikian juga pencarian pornografi melalui Internet.  Memetik makalah yang diterbitkkan dalam Archieves of Social Behavior, Megan Garber yang menulis dalam The Atlantic bahawa sebagaimana ribut, sebagaimana kubis kerinting adalah bermusim, musim puncak porno ialah musim sejuk dan akhir musim panas.



Pengangguran: Tidak Cocok Kemahiran?

KHAMIS, 26 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Pengangguran di Malaysia, terutamanya dalam kalangan siswazah sering dikaitkan dengan kemahiran: kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dan kelemahan dari segi komunikasi.  Faktor inilah yang sering dicanangkan oleh pemimpin, ahli politik, dan majikan. Gambaran yang diberikan bahawa pekerja di negara ini tidak bersedia untuk pekerjaan.

Berdasarkan pengalaman Amerika Syarikat yang kini kadar penganggurannya 8.2 peratus, Barbara Kiviat yang menulis dalam The Atlantic, meragui, dan bahkan menafikan bahawa pengangguran berpunca daripada tidak cocok kemahiran.  Barbara yang melakukan kajian yang agak meluas, termasuk penyelidikan oleh Bank Rizab Persekutuan Chicago, Universiti California-Berkeley, dan Sekolah Wharton untuk menunjukkan keraguan tentang kewujudan tidak cocok kemahiran nasional.

Barbara akhirnya mengingatkan "elok cuba kurang mendengar ketua pegawai eksekutif dan ahli politik yang dijangkakan memegang pembesar suara dan lebih banyak mendengar data yang meredam dan banyak berguna."


Penyelesaian Dua Negara Masih Ada Harapan?

KHAMIS, 26 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dua belas  tahun lalu, Presiden Amerika  Syarikat, Bill Clinton, Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, dan pemimpin Palestin, Yasir Arafat berkumpul di Camp David untuk melancarkan usaha bersejarah untuk menamatkan konflik Israel-Palestin. Demikian Aaron David Miller menulis dalam Foreign Policy, untuk mengenang kembali sebuah harapan yang akhirnya  berkecai. Kedua-dua pihak, iaitu Israel dan Palestin menutup jendela peluang untuk mencari jalan penyelesaian,  meskipun selepas itu, usaha damai masih diteruskan. 

Israel  kini bergelut dengan krisis Zionisme dan kebuntuan politik.  Namun,    Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memaklumkan pada Mei lalu,  kesediaan negaranya   mengadakan semula rundingan damai dengan Palestin, selepas usaha terakhir empat bulan lalu. Walau bagaimanapun,   Peter Beinart meragui usaha tersebut kerana Netanyahu kurang berminat terhadap kelahiran negara Palestin yang menghampiri garis tahun 1967. 

Penyelesaian dua negara  menjadi perhatian semula dengan kemunculan tulisan Akiva Eldar dalam The National Interest dalam keluaran terbaharunya bahawa 42 tahun selepas pendudukan Tebing Barat dan Lembah Gaza, yang sebelum ini milik Jordan dan Mesir, Perdana Menteri sayap kanan mengisytiharkan kesediaan beliau untuk kembali wilayah ini kepada penduduk yang mendiami kawasan itu, di samping persetujuan beliau untuk mewujudkan negara baru Palestin yang merdeka.  

Israel, hujah Eldar tidak pernah secara terangan menolak dengan penyelesaian dua negara yang melibatkan pembahagian tanah dan negara Palestin.  Namun, jelas beliau, Israel tidak pernah mengakui bahawa pembangunan Tebing Barat menyebabkan penyelesaian tersebut mustahil. Berhadapan dengan realiti kemungkiran yang penyelesaian sebuah negara dianggap hanya satu-satu opsyen, Israel memilih cara ketiga, iaitu berlanjutan status quo.

Eldar nampaknya meragui penyelesaian dua negara kerana kerajaan perpaduan yang ada sekarang mustahil menggunakan kuasa mereka untuk menggalakkan pembahagian baru tanah kepada dua negara dengan cara yang diterima oleh Palestin.  "Sejarah mengajar kita bahawa Israel hanya bersedia untuk mengambil  berani dan jujur ke arah perdamaian apabila mereka mengetahui kos kegagalannya untuk melakukannya bahkan lebih besar.  Malangnya, melihat realiti situasi semasa, wujud sedikit alasan untuk memikirkan bahawa Israel akan mengambil langkah ini dalam masa terdekat."

Dalam laporan khas, "Israel; The Future,"  NewStateman meletakkan harapan pada penyelesaian dua negara.  Kebanyak rakyat Israel dan umat Palestin akan terus menyokong penyelesaian dua negara sebagai cara kedua-dua belah pihak mengekalkan hak untuk  penentuan nasib sendiri  nasional.  Tidak mandat bagi penyelesaian satu negara, sama ada menjadi "Israel yang lebih besar" ataupun negara dwinasional.  

Walau bagaimanapun, sokongan akar umbi  kedua-dua pihak, iaitu Israel dan Palestin untuk penyelesaian satu negara lebih tinggi daripada yang difikirkan. Hakikatnya, penyelesaian satu negara bermakna kerajaan Israel perlu memberikan layanan yang adil dan saksama kepada umat Palestin, sebagaimana yang dinikmati oleh orang Israel.  Akan tetapi, hal ini tidak mudah berlaku, kerana seperti yang pernah dibangkitkan oleh  Yousef  Munayyer dalam The New York Times, "tidak semua warga Israel adalah sama."   Berlaku diskriminasi terhadap umat Palestin di Israel, seperti yang dialami sendiri oleh Munayyer dan isterinya.


Wednesday, July 25, 2012

Pemetaan Penduduk Yahudi

KHAMIS, 26 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Carta harian The Economist menunjukkan  kebangkitan semula yang tidak dijangka agama Yahudi.  Penduduk Yahudi di dunia kini berjumlah 13.58 juta orang, dengan 81 peratus tinggal di Israel dan Amerika Syarikat pada tahun 2010. Pada tahun 1939,  penduduk Yahudi berjumlah 16.5 juta orang, meningkat daripada 10.6 juta orang pada tahun 1909.  Pada akhir Perang Dunia Kedua, Nazi menghapuskan satu pertiga mereka, memusnahkan beribu-ribu tahun peradaban Yahudi di Eropah Tengah dan Eropah Timur.



Sementara NewStateman dalam laporan khas mendedahkan pencerobohan Israel terhadap bumi Palestin sejak tahun 1947 hingga 2012, membangkitkan persoalan adakah masih cukup  tanah untuk negara Palestin? 



Sebagai maklumat tambahan, elok dinyatakan  bahawa Fareed Zakaria pernah  menulis dalam The Washington Post, membahaskan bahawa Israel di bawah Benjamin Netanyahu, adalah terlalu kuat jika dibandingkan dengan sebelum ini. Bahkan, beliau disebut "raja Israel"   dan Time muncul dengan "Raja Bibi."  Justeru, tidak timbul persoalan tentang keselamatan Israel; sebaliknya yang paling runcing,  bagaimana kelangsungan umat Palestin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...