Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Daripada perbincangan Kongres
Pustakawan dan Ilmuwan Maklumat Kedua di Universiti Utara Malaysia pada 20-22
Oktober 1986, Ziauddin Sardar, sarjana Islam yang tidak asing lagi telah
menghasilkan buku Strategi Dunia Islam Abad ke-21 (Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, RM14.00).
Sejak beberapa dekad
kebelakangan ini, ekonomi maju secara beransur-ansur berubah kepada ekonomi
maklumat, seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Kira-kira 52 peratus
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu berkaitan dengan maklumat.
Lantaran itu, maklumat dianggap sebagai komoditi baharu bagi ekonomi maju.
Dalam buku ini, Ziauddin
Sardar menekankan peri pentingnya maklumat dalam dunia Islam.
Selama tiga dekad pembangunan, banyak maklumat yang muncul di negara
perindustrian telah terpisah sama sekali dengan negara Islam dan negara
membangun. Negara perindustrian telah memperalat dan memanipulasi maklumat yang
merupakan komoditi baharu. Akibatnya, negara Islam dan negara membangun terus
bergantung pada dan “dijajah" oleh negara perindustrian.
Maklumat tidak boleh
dianggap baik dan tidak pula boleh dianggap buruk. Baik buruk maklumat
bergantung pada penggunaannya - gejalanya berpunca daripada angkara manusia
sendiri. Maklumat juga tidak bebas nilai. Oleh itu, maklumat Barat mendukung
sistem nilai, norma, dan kepentingan mereka.
Dari perspektif Islam,
maklumat hanya memberikan makna apabila maklumat itu berada dalam
rangka pengetahuan tentang masyarakat. Oleh yang demikian, strategi
maklumat di dunia Islam
harus berusaha menempatkan maklumat dalam konteks ilmu pengetahuan tentang
masyarakat dan kebijaksanaan tradisional. Strategi ini mesti mampu memulihkan
dan membangunkan peradaban Islam,
Malangnya,
menurut Sardar, di setengah-setengah negara, seperti Iran (semasa
pemerintahan Syah), Argentina, Chile, Brazil, Iraq, dan Syria, teknologi
maklumat digunakan untuk menindas rakyat jelata dan menegakkan pemerintah kuku
besi.
Kemunculan teknologi
maklumat juga menyebabkan berlaku pengangguran besar-besaran. Penggunaan
pengautomatikan dan komputer boleh menyebabkan beribu-ribu orang menganggur.
Tenaga manusia tidak diperlukan lagi dalam proses pengeluaran. Penggantian
manusia dengan komputer telah melanggar gagasan keadilan,
Penulis menyarankan bahawa
penggunaan teknologi yang cenderung mengendalikan, mengatur, dan memanipulasi
fikiran serta pergantungan pada komputer secara berleluasa hingga menafikan
keupayaan manusia perlu dihindarkan oleh masyarakat Islam,
Namun demikian, teknologi
maklumat akan memberikan manfaat kepada masyarakat Islam sekiranya digunakan
sebagai rangkaian dan terpencar. Golongan miskin mampu menangani masalah mereka
menjadi lebih autonomi sekiranya maklumat dirancang sebagai pengendali dan
pengatur. Teknologi maklumat juga dapat digunakan untuk menyatukan negara Islam,
seperti penggunaan komputer untuk mendukung program membanteras buta
mendapat maklumat perubatan, dan sebagainya. Begitu juga yang dapat membuka
peluang kepada usahawan untuk mengembangkan kecil.
Dalam konteks penyebaran
maklumat di negara Islam dan negara membangun, Sardar menekankan betapa
pentingnya industri penerbitan. Penulisan dan penterjemahan buku perlu
diutamakan. Para penulis, guru, penyelidik, dan ilmuwan perlu digembleng untuk
menghasilkan buku yang bermutu dan yang membahaskan masalah tempatan. Dengan
merujuk zaman peradaban Islam, Ziauddin Sardar menegaskan bahawa buku diperoleh
dengan mudah dan buku juga merupakan alat yang menyebarkan ilmu pengetahuan dan
maklumat. Pada dasarnya, kebudayaan Islam ialah kebudayaan buku.
Di samping itu, penulis
menunjukkan kepentingan perpustakaan dan ilmuwan maklumat untuk menyebarkan
maklumat. Perpustakaan merupakan agen sosial dan pengantara perubahan. Selain
masyarakat bandar, masyarakat desa perlu disediakan kemudahan perpustakaan.
Para ilmuwan maklumat Islam pula patut mempunyai kemahiran dan keahlian yang
diperlukan untuk mengenal pasti sumber pengetahuan dan maklumat. Ilmuwan
maklumat dianggap sebagai pengampang peradaban dan pembekal gagasan.
Untuk mengharungi abad
ke-21, penulis mengajak masyarakat Islam khususnya dan masyarakat di negara
membangun amnya supaya memanfaatkan maklumat demi kepentingan umat manusia.
Masyarakat ini juga diseru supaya memecahkan penguasaan maklumat Barat yang
boleh melemahkan dan menghancurkan mereka sendiri. Dengan kata lain, gelombang
maklumat memang tidak dapat elak sama sekali. Yang penting, bagai: mana kita
harus mengharungi gelombang tersebut.
Buku yang mengandungi
pemikiran intelektual yang bernas ini mungkin mengecewakan para pembaca kerana
terjemahan dan penyuntingan yang kurang baik.
(Dewan Ekonomi,
Oktober 1994.)
No comments:
Post a Comment