Artikel Popular

Sunday, May 19, 2019

Perkembangan Sistem Kewangan


AHAD, 19 Mei 2019
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH



Jika diperhatikan perkembangan pasaran dan institusi kewangan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa sistem kewangan di negara ini telah berkembang dengan pesat dan begitu canggih. Salah satu keistimewaan sistem kewangan di Malaysia ialah kewujudan sistem kewangan konvensional (Barat) dan sistem kewangan Islam. Kedua-dua sistem ini bukan sahaja menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan, bahkan kedua-duanya turut memperkembangkan  dan memantapkan sistem kewangan
di negara ini.
Dalam buku Pasaran dan Institusi Kewangan di Malaysia:  Teori dan Amalan (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, RM25.00),  Othman Yong telah menyorot dan menganalisis perkembangan sistem kewangan di Malaysia. Dalam usaha tersebut, buku yang mengandungi 14 bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu pasaran kewangan, institusi kewangan, dan sistem kewangan Islam.
Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian pasaran kewangan ialah pasaran wang, pasaran modal, dan teori pasaran cekap. Dalam bahagian ini, penulis membincangkan kewujudan, peranan, dan operasi pasaran wang dan pasaran modal.
Walaupun pasaran wang tidak mempunyai organisasi formal, namun pasaran ini dapat menghubungkan golongan yang memerlukan kredit dengan golongan yang sanggup menyediakan kredit dalamjangka pendek. Pasaran wang ini terdiri daripada
Bank Negara Malaysia (BNM), gedung diskaun, dan bank perdagangan dan bank saudagar. Sementara peserta utama pasaran ini ialah , Perbendaharaan, pedagang, broker, dan syarikat perniagaan. Antara peserta ini, pedagang dan broker memainkan peranan penting dalam pasaran wang yang mengendalikan urus niaga alat pasaran wang.
Seterusnya, penulis membincangkan perkembangan pasaran modal. Pasaran ini menyediakan peraturan bagi pihak isi rumah, firma, dan kerajaan yang ingin melabur. Sekuriti terbitan sektor awam dan sekuriti terbitan swasta merupakan dua alat penting dalam pasaran modal di Malaysia. Antara sekuriti ini, sekuriti terbitan swasta, iaitu saham selalunya mendapat perhatian umum. Lazimnya, pulangan sekuriti terbitan swasta lebih tinggi daripada sekuriti terbitan kerajaan kerana risikonya lebih tinggi. Sebagaimana pasaran wang, pasaran modal juga mempunyai peserta yang terdiri daripada institusi pelaburan dan orang perseorangan.
Perbincangan tentang teori pasaran cekap bukan sahaja sesuai dengan tajuk buku ini yang berbentuk teori dan amalan, tetapi juga penting jika dilihat dari segi perkembangan semasa. Teori pasaran cekap memang sesuai diulas dan dianalisis memandangkan minat orang ramai terhadap pasaran saham, khususnya apabila pasaran bull pada akhir tahun 1993. Berdasarkan teori ini, aliran masuk ke dalam pasaran saham akan  mempengaruhi harga saham. Lantaran itu, secara  perbandingan, para pelabur yang mendapat maklumat yang tepat akan data, memba keputusan pelaburan yang bijak.
Berkait  rapat dengan pasaran ialah institusi kewangan yang bincangkan oleh Othman Yong dalam Bahagian II. Dalam bahagian ini, iaitu bermula Bab 5, beliau  membincangkan institusi  kewangan, seperti BNM, bank perdagangan, syarikat kewangan, gedung diskaun, pasaran wang dan pertukaran asing, kumpulan wang, syarikat insurans, pasaran saham, dan pelbagai institusi kewangan lagi.
Bab-bab yang seterusnya merupakan lanjutan perbincangan dalam Bab 5 (kecuali Bab 9 - Bank Saudagar), tetapi perbincangannya lebih terperinci. Misil nya, Bab 6 membincangkan perkembangan dan operasi Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL, manakala Bab 7 membincangkan pasaran pertukaran wang asing. Seterusnya, Bab 8 membincangkan bank perdagangan dan Bab 10 membincangkan gedung diskaun di Malaysia.
Akhir sekali, Bahagian III membincangkan sistem kewangan Islam. Dalam bahagian ini, latar belakang sistem kewangan Islam, perspektif teori bank Islam, Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Insurans Takaful Malaysia Berhad telah disoroti dan dianalisis oleh penulis.
Tidak dapat dinafikan bahawa Othman Yong telah memberikan  liputan yang luas tentang sistem kewangan di Malaysia. Tidak dapat dinafikan juga bahawa dalam usaha menghasilkan buku ini beliau telah menjalankan kajian yang mendalam dari segi teori dan empirik. Hasil usaha tersebut menyebabkan beliau dapat menghasilkan sebuah buku yang patut dibanggakan. Lebih-lebih lagi memandangkan masyarakat Malaysia semakin berminat  untuk menceburi dunia perniagaan dan  membicarakan hal ehwal kewangan.
Kajian empirik yang dimuatkan akhir setengah-setengah bab membolehkan para pembaca mendalami satu-satu topik yang telah dibincangkan oleh penulis,  khususnya, bagi para pembaca  yang mempunyai asas statistik.
(Dewan Ekonomi, Ogos 1994.)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...