Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Demi kecantikan, orang, terutamanya wanita, sanggup melakukan apa-apa sahaja. Bagi wanita Korea misalnya, mereka taasub dengan pembedahan plastik, manakala wanita di United Kingdom gemar melakukan implan tetek. Dalam kalangan wanita di Asia Tenggara, sebilangannya menggunakan rawatan tradisional, dan tidak kurang pula jampi dan serapah supaya kelihatan jelita.
Sementara di Jepun pula, yang mendapat liputan meluas, antaranya oleh The Telegraph, Daily Mail, The Wall Street Journal, dan CBS News, wanita, kebanyakannya berusia antara 30-an hingga 50-an tahun, mengunjungi spa Ci:z.Labo, untuk mendapat rawatan muka yang menggunakan siput bulan hidup. Meskipun rawatan seperti itu terbuka untuk lelaki, setakat ini, mereka belum mengunjungi spa itu. Hal ini menunjukkan wanita rela menanggung kesakitan dan kesengsaraan berbanding dengan lelaki semata-mata untuk kecantikan.

No comments:
Post a Comment