Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ketika protes di Turki memuncak, Leonid Bershidsky menulis dalam Bloomberg tentang kesudahannya, sama ada berjaya atau sebaliknya. Beliau menjangkakan protes yang bermula di Istanbul dan merebak ke kota-kota lain di Turki akan mengalami nasib yang seperti, "Revolusi Salji" di Rusia pada tahun 2011 dan 2012: kegagalan. Hal ini demikian, tegas beliau, kedua-dua protes itu mempunyai persamaan, iaitu melibatkan golongan kelas menengah, yang lebih mengutamakan diri mereka dan keluarga mereka.
Golongan kelas menengah sayangkan nyawa mereka, harta benda mereka, tidak sanggup menggadai kepentingan dan masa depan mereka yang tidak pasti itu, apatah lagi untuk mengorbankan diri mereka. Maka, golongan pemerintah atau rejim boleh tidur lena jika golongan kelas menengah adalah dominan dalam satu-satu protes.
Sebaliknya, jika golongan bawahan yang terlibat, golongan yang tidak kan kehilangan apa-apa, seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir, dan Libya, tegas Bershidsky, berkesudahan dengan kejatuhan rejim. Golongan miskin, golongan yang perut mereka belum pasti berisi, jika terlibat dalam tunjuk perasaan mampu membawa kepada pertukaran rejim.
Dalam konteks Turki, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, boleh dilabelkan apa-apa sahaja, sama ada demokrat ataupun sultan, tetapi beliau pasti tidak dapat digulingkan melalui tunjuk perasaan, selagi golongan kelas menengah menerajui dan menguasai protes itu.
Tatkala protes di Turki dan Brazil belum reda, tiba-tiba tercetus protes besar di Mesir, yang dalam sekelip mata, menumbangkan Muhammad Morsi yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, yang baru setahun menjadi presiden negara itu. Berlaku rampasan kuasa tentera dengan nama lain, tetapi sebenarnya merupakan keazaman rakyat Mesir, atau seperti yang dibahaskan oleh David Ignatius, kebangkitan kuasa rakyat.
Kejatuhan di Kaherah ini, menurut duta besar Mesir ke Amerika Syarikat, Morsi dijatuhkan oleh pemberontakan popular. Namun, Fareed Zakaria yang melalui makalahnya dalam The Washington Post, menegaskan Mesir jatuh bebas. Dalam tahun Morsi berkuasa, ekonomi negara itu menjunam, pengangguran meningkat, orde awam runtuh, jenayah meningkat, perkhidmatan sosial asal tidak bertambah baik. Semua ini dengan sendirinya cukup untuk mencetuskan ketidakpuasan awam besar-besaran.

No comments:
Post a Comment