Artikel Popular

Thursday, May 10, 2012

Wanita Pertama Hanya Teman

KHAMIS, 10 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Nicolas Sarkozy yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden Perancis baru-baru ini pastinya  bersara daripada politik, dan bersama-sama isterinya, Carla Bruni, akan meninggalkan Istana Elysee. Mengiringi  Presiden Francois Hollande, ialah wanita pertama, iaitu wartawan yang menjanda dua kali, Valerie Trierweiler yang menurut The Guardian mungkin merevolusikan peranan wanita pertama Perancis. 

Namun, Valerie bukannya isteri Hollande, sebaliknya hanyalah teman, seperti yang beliau ingin dipanggil.  Valerie menggantikan Segolene Royal sebagai kekasih Hollande yang dengan bekas calon Presiden tahun 2007, Hollande pernah hidup  bersama-sama  selama 30 tahun. Presiden baru ini menolak idea perkahwinan cepat, ala Sarkozy. "Anda tidak boleh berkahwin semata-mata atas alasan protokol," jelas Hollande semasa kempen.

Sukar dibayangkan bagaimana wanita yang bergelar teman yang mempunyai tiga anak lelaki hasil perkahwinan kedua,  akan diusung oleh Hollande ke sana ke mari, lebih-lebih lagi untuk acara rasmi luar negara.  Bagi rakyat Perancis, mungkin mereka tidak kisah sangat kerana budaya mereka tidak mencampuradukkan kehidupan peribadi dengan kehidupan rasmi.  Yang menjadi persoalannya ialah untuk membawa wanita itu ke acara rasmi di luar negara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...