Artikel Popular

Saturday, May 12, 2012

Ibu Pertahankan Teteknya Dihisap

SABTU,  12  Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Setelah gambar kulit depan  Time mencetuskan kontroversi, maka si ibu  mempertahankan dirinya dan majalah itu. Beliau juga tidak keseorangan kerana kawannya turut membelanya

Muncul dalam program NBC Jumaat semalam, Jamie Lynne Grumet menjelaskan bahawa "Kami benar-benar tahu apa yang kami lakukan.  Saya faham mengapa Time memilih gambar ini kerana gambar tersebut mencetuskan kegilaan media untuk mendapat percakapan dialog." Jelas si ibu yang berusia 26 tahun ini lagi, "Saya faham sesetengah penyokong penyusuan bayi benar-benar terperanjat dengan perkara ini."

Ibu-ibu  sepatutnya bebas untuk menyatakan seksual mereka kerana mereka terlalu memilih tanpa berasa ditekan oleh rasa malu atau kekangan streotaip.  Tulis Victoria Bekiempis dalam The Guardian, "taktik Time yang mengejutkan mengeksploitasi rasa malu dan kekeliruan yang masih wujud dalam masa masyarakat tentang seks dan status ibu" sambil membangkitkan kemunculan Demi Moore pada kulit depan Vanity Fair yang pernah diulas dalam Los Angeles Times.  

Isu sebenar di sebalik kulit depan itu, ialah penyusuan bayi. Namun, oleh sebab mata lebih cepat tertumpu pada gambar, lebih-lebih lagi gambar seperti itu, maka gambarlah menjadi sasaran kritikan.  Dengan kegemparan  itu membuktikan bahawa percetakan belum mati lagi, meskipun kini disaingi sengit oleh penerbitan elektronik dan media sosial. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...