Artikel Popular

Friday, May 11, 2012

Gempar Perkahwinan Sejenis

JUMAAT, 11 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Berikutan pengumuman Presiden Barack Obama dalam wawancara dengan ABC  bahawa beliau menyokong perkahwinan sejenis, maka bukan sahaja Amerika Syarikat, bahkan dunia turut meletup. Dalam beberapa hari ini, media dan cerdik pandai, baik di negara beliau sendiri, mahupun di tempat lain,  semakin gamat dengan perkahwinan sesama jantan  dan sesama betina ini, sedangkan hanya 10 buah negara yang menganggap perkahwinan itu adalah sah, manakala Rusia mengharamkan perkahwinan sejenis.  

Malahan, di Amerika Syarikat sendiri, kira-kira 30 buah negeri mengharamkan perkahwinan sejenis itu, yang terbaharu North Carolina. Namun, Obama dikatakan memberikan undi keyakinan terhadap keluarga gay dan lesbian.  Beliau juga mempunyai politik yang baik tentang perkahwinan gay, iaitu  untuk memerangkap puak konservatif dan Mitt Romney.

Pendirian Barack Obama itu dianggap  sebagai empati dan  sekadar perang budaya kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberitahu pendaftar perkahwinan siapakah yang mereka sepatutnya kategorikan sebagai lelaki atau wanita.  Lagipun, undang-undang tentang perkahwinan tertakluk pada bidang kuasa negeri; kalaupun bidang kuasa Kongres, belum pasti anggota Kongres, terutamanya Republikan merestui perkahwinan seperti ini. 

Merentas Atlantik, sokongan Obama itu mencetuskan debat perkahwinan sejenis di Eropah.  "Oleh sebab Obama menyertai trend global ke arah perkahwinan gay," hujah Peter Tatchell, "maka United Kingdom sepatutnya demikian juga."  Di negara itu, pernah tercetus pertikaian antara kumpulan Kristian dengan Datuk Bandar London, Boris Johnson berhubung dengan iklan "mengubati gay"  kerana Johnson menanggalkan iklan anti-gay yang ditampal di dalam bas.

Barangkali oleh sebab sokongan itu datangnya daripada Presiden Amerika Syarikat,  maka satu dunia menjadi gempar, walaupun tuntutan kesamaan gay dianggap mengancam untuk melemahkan institusi masyarakat yang paling berharga. Bahkan,  membenarkan perkahwinan sejenis adalah sama seperti membenarkan perhambaan.  

Dalam polemik tentang gay, Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle yang menafikan dakwaan bahawa beliau homoseksual oleh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, "lebih baik menjadi diktator daripada gay."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...