Artikel Popular

Wednesday, May 16, 2012

Republik Rakyat Skandal

RABU,  16  Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam beberapa bulan ke belakangan ini, China seolah-olahnya bergelut dengan krisis yang teruk, daripada "Bo Bo kambing hitam" kepada "keadilan buta."  Berkuburnya politik Bo Xilai dan isterinya pula disyaki terlibat pembunuhan warga British di China, mendapat liputan yang luas.  China seakan-akan diwarnai oleh khabar angin dan pendustaan, manakala kebangkitan kuasa ketenteraan dikhuatiri mengancam kestabilan Asia Timur. 


China, seperti yang dapat dilihat pada kulit depan Time keluaran 14 Mei,  bergelumang dengan pembunuhan, pendustaan, dan rasuah, yang menimbulkan persoalan, mampukah negara itu menghadapi kebenaran?  Di dalam majalah itu terkandung tulisan Hannah Beech yang cukup keras mendedahkan pembunuhan, pendustaan, penyalahgunaan kuasa, dan jenayah lain abad China. 


Dalam keluaran yag sama, dimuatkan juga tulisan Fareed Zakaria, "Bo Xilai and the Return of Politics" yang antara lain menulis "ribut berhubung dengan aktivis Chen Guangcheng boleh difahami memikat perhatian dunia pada minggu lalu.  Akan tetapi, peristiwa yang mempunyai signifikan yang lebih besar ialah pemecatan Bo Xilai, ketua parti yang sangat berkuasa di Chongqing."  Jelas Fareed lagi, "kebangkitan dan kejatuhan Bo merupakan bahagian yang sangat besar dan berpotensi menjadi trend pemusnah di China, iaitu kembalinya politik kepada Parti Komunis China." 


Kebangkitan China yang kini dilihat menyanyaingi Amerika Syarikat di Asia Timur, dan yang terbaharu oleh Alan Dupont dalam The National Interest. Namun, kuasa besar dalam pembikinan ini terjebak dalam  pelbagai skandal.  Bahkan, pertumbuhan ekonomi China  pesat dan mantap  secara relatifnya,  gagal membahagiakan seluruh rakyatnya, terutamanya golongan miskin. Hal ini diperkukuhkan oleh kajian yang dijalankan oleh pasukan dari University of Southern California.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...