Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Minggu demi minggu berlalu, tetapi keberangan umat Islam terhadap video YouTube, Innocence of Muslims, diburukkan oleh penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad, masih belum reda. Dari Kaherah ke Benghazi, merebak ke seluruh dunia dan tempat-tempat lain, tunjuk perasaan semakin ganas, seperti yang dilaporkan berlaku di Pakistan baru-baru ini, iaitu melibatkan kematian.
Di tengah-tengah debat keberangan umat Islam, yang menurut Mohammed Hanif, "berfikir secara tempatan, berang secara global," debat tentang kebebasan bersuara turut panas, membayangkan bahawa filem tersebut menghadapi ujian kebebasan bersuara, seperti yang dibahaskan oleh Sarah Chayes.
Dari sudut lain, seperti yang cuba diketengahkan oleh John Kampfner, adakah wajar filem yang masa tayangan hanya 14 minit diberikan perhatian serius, yang memang diharapkan oleh pencipta yang terdesak.
Memang umat Islam merasakan diri mereka diaibkan oleh filem yang menghina Nabi Muhammad itu, tetapi menurut The Economist, banyak juga umat Islam yang berasa malu dengan tunjuk perasaan dan keberangan yang berlebihan itu. Maka, selain menunjukkan keberangan, umat Islam juga perlu mengkritik diri mereka sendiri dan muhasabah diri.
Oleh sebab filem tersebut muncul melalui YouTube dan bukannya melalui panggung wayang, secara logik, hujah Henry Porter, "pecahkan komputer." Melihat peristiwa 10 hari lalu, Porter mencadangkan agar orang Islam mesti mendakap taakulan dan tanggungjawab, jangan asyik mengutuk Barat semata-mata.
Sementara Fareed Zakaria, yang bertugas semula selepas digantung tugas seketika, menulis dalam Time, menggesa golongan orang Islam sederhana, seperti Wael Ghonim, supaya bangkit untuk bersuara.
"Sepanjang dekad lalu," tulis Fared, "Saya selalu berasa hampa tentang golongan Islam sederhana, menyatakan diri mereka sebagai penakut dan defensif, terlalu takut untuk bersuara tentang prinsip mereka kerana takut bahawa mereka akan dilabelkan orang Islam yang buruk. Akan tetapi, di beberapa buah negara tempat berlakunya protes, banyak yang mengkritik puak pelampau dan mendesak orang ramai menyuarkan penentangan mereka terhadap video itu dalam cara aman. Ini betul-betul baru."
Semakin orang Islam menunjukkan keberangan mereka dan kadangkala tenggelam dalam arus emosi, maka individu, seperti Ayaan Hirsi Ali, Salman Rushdie, Geert Wilders, Terry Jones, dan Pamela Geller - sekadar menyebut beberapa nama, semakin bermotivasi untuk mengacah-acah mereka. Sesungguhnya, untuk menjadikan orang Islam hilang pedoman perjuangan mereka, hanya memadai dengan angkara individu berkenaan.
Golongan sederhana telah pun bangkit di Benghazi, menurut Steven Sotloff, apakah tempat-tempat lain di Libya akan menyusul? Pada Jumaat lalu, muncul kempen masyarakat sivil yang mengetengahkan kutukan yang besar-besaran terhadap serangan yang melibatkan pembunuhan duta Amerika, Chris Stevens dan tiga orang lain 10 hari lalu.
Sama ada disedari ataupun tidak, tunjuk perasaan yang berlaku sekarang membayangi usaha penubuhan negara Palestin yang genap setahun yang nampaknya tanpa hujung pangkal. Umat Palestin tidak boleh mengharapkan kemenangan Mitt Romney untuk menolong membina masa depan mereka. Hal ini demikian kerana, Romney bukan sahaja tidak yakin dengan penyelesaian dua negara, tetapi juga menganggap umat Islam tidak mahu hidup aman, seperti rakaman video yang didedahkan oleh Mother Jones baru-baru ini.
Tatkala umat Islam masih dengan tunjuk perasaan dan kadangkala bercakaran sesama sendiri, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berlagak seakan-akan beliau pemimpin negara kuasa besar dengan mencampuri Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. Bibi dengan berani mengambil risiko dengan memihak kepada Mitt Romney.
Sesungguhnya, sejarah tidak ditulis oleh pihak yang tewas, manakala orang yang naik berang dan dirasuk histeria tidak akan menang dalam perjuangan! Jangan terlalu asyik membantah, fikirkan juga untuk memerintah!

No comments:
Post a Comment