Artikel Popular

Saturday, September 15, 2012

Dunia Tidak Percaya Amerika Syarikat

SABTU, 15 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Pengaruh Amerika di pentas dunia menjadi lemah akibat ketidakpercayaan yang meluas terhadap hasrat Amerika, bukan sahaja di Timur Tengah dan Asia Selatan, tetapi juga dalam kalangan sekutu Eropah tradisional, menurut  kajian pendapat global yang dipetik oleh The Guardian

Rasa sangsi terhadap Amerika mengatasi niat baik Amerika dengan margin yang besar di dunia Arab dan Pakistan, dan bahkan sekutu rapatnya di Eropah, iaitu Jerman lebih ragu-ragu berbanding dengan mempercayai.  Kajian YouGov itu mendapati bahawa pendapat orang British dan Perancis lebih positif, tetapi masih berbelah bahagi secara mendalam.

Tanggapan negatif orang Arab dan Pakistan tentang Amerika sebagai angkuh dan tidak boleh dipercayai jelas memberikan cabaran dasar luar yang menggetarkan terhadap Pentadbiran Obama.  Hakikat bahawa 78 peratus orang Pakistan yang disoal oleh YouGov berkata mereka tidak mempercayai Amerika untuk bertindak secara bertanggungjawab mendasari kekurangan serius kuasa lembut Washington di wilayah itu kerana Amerika Syarikat cuba melepaskan dirinya dari Afghanistan. 

Reputasi Amerika Syarikat  di Eropah yang terjejas sejak era Presiden George W. Bush akan terus terbenam pada tahap tidak popular jika Mitt Romney menjadi Presiden, menurut tinjauan  pendapat antarabangsa baru yang diterbitkan dalam The Guardian.  Hanya seorang dalam 20 orang yang dikaji di Britain, Perancis, dan Jerman oley YouGov mempunyai pandangan positif terhadap calon Presiden daripada Republikan ini.

Tinjauan pendapat ini melibatkan 12,000 orang  di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara, Pakistan, dan China.  Sementara orang Eropah menunjukkan reaksi negatif yang sangat kuat terhadap Romney, prospek beliau memenangi Rumah Putih disambut dengan kurang muram di Pakistan, dengan kira-kira 13 peratus responden berkata mereka lebih menerima Amerika Syarikat berbanding hanya sembilan peratus yang berkata mereka kurang menerima.
Kajian ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum serangan terhadap konsulat Amerika Syarikat di Benghazi, Libya, yang mengorbankan dua besar Amerika ke negara itu, iaitu Christopher Stevens dan tiga orang Amerika yang lain.   Kemudian, disusuli pada hari Jumaat, oleh protes di seluruh dunia Islam terhadap Amerika Syarikat terutamanya, sebagai respons terhadap filem anti-Islam.

Mitt Romney dalam respons terhadap perisitwa di Benghazi itu sebagai kritikannya terhadap Barack Obama, menegaskan bahawa "dunia mahukan kepimpinan Amerika."  Seandainya beliau berkesempatan meneliti kajian YouGov, mungkin beliau berkeberatan untuk berkata sedemikian.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...