Artikel Popular

Friday, September 28, 2012

Ekonomi UK dan AS Muram

JUMAAT, 28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tatkala zon euro yang dilanda krisis hutang,  bergolak semula dengan protes antijimat-cermat di beberapa buah negara, dan Sepanyol berkemungkinan menjadi Greece baru, laporan ekonomi menunjukkan bahawa pertumbuhan di United Kingdom dan Amerika Syarikat masih lemah.

Untuk suku kedua tahun 2012, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dilaporkan,  menguncup sebanyak 0.4 peratus, kurang sedikit daripada yang dianggarkan sebelum ini, iaitu 0.5 peratus, manakala akaun semasa mencatatkan defisit 20.8 bilion paun. 

Sementara ekonomi terbesar dunia, iaitu Amerika Syarikat, tumbuh pada kadar lebih rendah daripada yang diramalkan sebelum ini untuk suku tahun kedua, seperti yang dipetik oleh Bloomberg, menunjukkan perolehan yang perlahan dari perbelanjaan pengguna dan inventori ladang. Dari April hingga Jun,  ekonomi negara itu hanya tumbuh 1.3 peratus berbanding dengan anggaran 1.7 peratus. 

United Kingdom yang masih terjebak dalam kemelesetan, dengan data terbaharu itu mungkin dapat menarik nafas lega. Ekonomi negara itu  kembali kepada pertumbuhan, tetapi Larry Elliot mengingatkan jangan kibarkan bendera lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...