Artikel Popular

Monday, September 10, 2012

Makanan dan Kereta

ISNIN, 10 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Lebih 50 juta orang rakyat Amerika, menurut CNN Money dan The Huffington Post, terpaksa hidup dalam keadaan kekurangan makanan pada tahun 2011  Kanak-kanak dalam kira-kira 3.9 juta isi rumah menderita akibat kurangnya jaminan makanan pada tahun lalu, dengan keluarga mereka tidak mampu menyediakan makanan yang cukup pada masa itu.  Hampir 17 juta orang Amerika menderita akibat "jaminan makanan yang sangat rendah," bermakna bahawa mereka terpaksa mengurangkan jumlah makanan yang mereka mereka makan.

Kemarau yang teruk melanda Amerika Syarikat sehingga menjejaskan hasil pertanian, membangkitkan semula kebimbangan bahawa krisis makanan akan melanda dunia semula.  Kini, harga makanan meningkat akibat hasil tuaian yang teruk dan peningkatan permintaan terhadap komoditi itu.

Melalui tulisannya dalam The Guardian, Larry Elliott, menegaskan bahawa "era makanan murah mungkin berakhir."  Para pengguna di negara membangun besar, hujah beliau, membangkitkan selera terhadap diet Barat yang mengandungi protein yang tinggi.  Penggunaan daging meningkat di China, India, dan Brazil, dan oleh sebab memerlukan 7kg bijian untuk menghasilkan 1kg daging lembu, keadaan ini menambah permintaan global.

Para petani, hujah Elliott, semakin cekap, meningkatkan hasil tanaman di tanah yang diusahakan, tetapi keadaan ini diimbangi oleh dua faktor negatif, iaitu dasar di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang memesongkan jumlah besar jagung untuk biobahan api dan hasil tuaian yang teruk akibat cuaca.

Namun, Timothy Wise mengingatkan bahawa "jika kita mahu terus murah, kita mesti menghentikan daripada memasukkannya ke dalam kereta kita."  Mengakui bahawa komuniti global menghadapi krisis makanan, tetapi hujah beliau, pengeluaran biobahan api dan bukannya peningkatan permintaan terhadap protein berasaskan daging, yang patut dipersalahkan.

Justeru, manusia menghadapi kekurangan makanan kerana mereka untuk memenuhi keperluan itu terpaksa bersaing dengan kereta yang menggunakan biobahan api.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...