Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kehadiran China di Laut China Selatan membangkitkan kebimbangan banyak negara di rantau ini. Manila dan Hanoi tidak henti-henti menyatakan bantahan terhadap Beijing. Sementara di Laut China Timur, persengketaan antara China dengan Jepun semakin runcing.
Di peringkat global, sesetengah negara menganggap kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi sebagai ancaman, manakala sesetengah menganggap sebagai peluang, seperti yang ditunjukkan dalam carta harian The Economist, yang memetik kajian Transatlantic Trends. Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah, seperti Perancis, Portugal, Poland, Sepanyol, Italy, EU-12, Turki, dan Slovakia menganggap sebagai ancaman. Sementara beberapa negara lain di Eropah, iaitu Jerman, Britain, Bulgaria, Sweden, Romania, dan Belanda menganggap sebagai peluang.
No comments:
Post a Comment