Artikel Popular

Friday, September 7, 2012

Bintang Berkilauan di Charlotte

JUMAAT, 7 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik di Charlotte, North Carolina,  menyaksikan kehadiran bintang Hollywood, seperti Scarlett Johansson, Natalie Portman, dan Kerry Washington, yang turut menyampaikan ucapan masing-masing pada malam yang sama yang Presiden Barack Obama menerima pencalonan daripada partinya. Persidangan itu tidak kurang dengan barisan selebriti yang memperlihatkan sokongan mereka  kepada Obama dan Demokrat.

Seniwati Scarlett dalam ucapannya menggesa pengundi muda supaya terlibat dalam pilihan raya bulan November ini.  "Anda tahu siapakah calon yang saya undi.  Saya tidak akan memberitahu anda siapakah calon yang akan diundi.  Saya di sini untuk  meminta anda menunjukkan komitmen untuk mengundi."

Pelakon Desperate Housewives,  Eva Longoria, yang merupakan Pengerusi Bersama Kempen Pemilihan Semula Barack Obama, ketika berucap, menerima sorokan dan tepukan gemuruh daripada khalayak yang menghadiri persidangan itu.  "Eva tidak mempunyai kerusi kosong," ulas Ilyse Hogue dalam The Nation, seakan-akan menyindir Clint Eastwood yang berucap dalam Persidangan Kebangsaan Parti Republikan pada minggu lalu yang mencetuskan kontroversi, tetapi Barack Obama menerimanya secara terbuka.

Persidangan itu juga menyaksikan kehadiran Sandra Fluke yang turut berucap. Sandra, bekas pelajar undang-undang, yang secara tidak sengaja, bintangnya  digilap oleh Rush Limbaugh, pengulas konservatif pro-Republikan dengan menggelarnya "perempuan jalang."  Sandra melalui ucapannya, menurut The Washington Post,  dapat menarik perhatian para para hadirin, termasuk bekas Presiden Bill Clinton.  Namun, beliau terus menjadi sasaran puak konservatif, seperti Ann Coulter

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...