Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Bain Capital, seperti yang pernah diperkatakan dalam blog ini, dijangkakan menjadi pengubah permainan dan terus menghantui Mitt Romney dalam Pilihan Raya Presiden tahun 2012. Meskipun serangan dan pendedahan tentang Bain Capital dan penglibatan Romney dalam firma ekuiti ini mulai reda jika dibandingkan dengan beberapa bulan lalu, isu ini tetap diketengahkan semasa Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik di Charlotte pada awal bulan ini.
Di luar kempen, Matt Taibbi pernah mendedahkan cerita sebenar Mitt Romney dan Bain Capital dalam Rolling Stone, yang bagi beliau, bergelumang dengan ketamakan dan hutang. Dalam tulisan yang cukup terperinci ini, Taibbi mendedahkan bagaimana menjalankan perniagaan dan mengumpulkan kekayaannya; dengan meminjam sejumlah besar wang yang orang lain terpaksa bayar balik. "Mitt Romney," hujah beliau, "ialah seorang pencipta hutang yang paling hebat dan paling tidak bertanggungjawab sepanjang masa. Bahkan, beberapa dekad lalu, Romney menimbunkan banyak hutang ke dalam banyak syarikat yang tidak disyaki, menulis lebih banyak cek yang orang lain perlu lindungi berbanding dengan sebilangan kecil orang di dunia ini."
Walau bagaimanapun, tulisan tersebut disanggah oleh Dan Primack, editor kanan Fortune, yang menampakkan Taibbi tidak memahami aspek perniagaan firma ekuiti, seperti Bain Capital, meskipun tesis keseluruhan beliau betul.
Matt Taibbi, bagaimanapun, menjawab balik kritikan Primack yang bertujuan menyediakan menyediakan ketidaktepatan fakta.
Jelas bahawa Bain Capital tidak terbatas dalam dunia politik semata-mata. Nampaknya, kisah firma ekuti tersebut tidak akan berakhir selepas 6 November ini, seperti yang pernah diberitahu oleh Paul Begala, ahli strategi veteran Parti Demokratik.
No comments:
Post a Comment