Artikel Popular

Friday, September 7, 2012

Baca "Cosmopolitan" Mempengaruhi Tanggapan Tentang Seks

JUMAAT, 7 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


Media, seperti majalah dipercayai dapat mempengaruhi tanggapan masyarakat, pendapat awam, dan dasar nasional. Majalah juga dipercayai membentuk budaya seksual.   Sementara di negara kita, majalah yang sering mendedahkan kisah hantu dan cerita seram dikatakan mendorong masyarakat  untuk mempercayai tahayul.

Pendek kata, pengaruh majalah sangat besar dan luas.  Maka, apabila  Lindsay Abrams   mencatatkan tanggapan tentang seks dalam kalangan wanita yang membaca Cosmopolitan, pastinya itu tidak sama sekali memeranjatkan. 

Lindsay dalam tulisannya itu memetik kajian tentang kesan jangka pendek pembacaan majalah wanita terhadap sikap seksual wanita.  Majalah, seperti Cosmopolitan, jelas Lindsay, "berpotensi kedua-duanya, iaitu dari segi pemerkasaan dan kesan pemasalahan terhadap perkembangan identiti seksual wanita."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...