Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Bekas Presiden Bill Clinton menyampaikan ucapan, dengan mencadangkan Barack Obama sebagai calon Presiden daripada Parti Demokratik, bersempena Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik yang berlangsung di Charlotte, North Carolina, yang dapat diikuti secara langsung melalui Internet.
Dalam ucapan pada pagi tadi (waktu Malaysia) yang dinantikan oleh banyak pihak dan menjadi tumpuan media sejak beberapa hari, Clinton mempertahankan rekod Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat sambil mengkritik agenda ekonomi calon Republikan Mitt Romney. Beliau mengingatkan bahawa tidak ada Presiden Amerika yang mampu membaiki kerosakan ekonomi negara itu hanya dalam masa empat tahun.
"Jika anda mahu atas kehendak sendiri, masyarakat yang pemenang ambil semula, anda sepatutnya menyokong tiket Republikan," tegas Clinton. "Jika anda mahu negara berkongsi kemakmuran dan tanggungjawab, iaitu kita sehidup semati, anda sepatutnya mengundi Barack Obama dan Joe Biden."
Kehadiran Clinton ke persidangan tersebut dengan memainkan peranan penting seperti itu, memang memeranjatkan kerana empat tahun lalu, isterinya, Hillary yang ketika ini berada di Dili, bersaing sengit dengan Barack Obama dalam pemilihan awal calon Presiden daripada Parti Demokratik. Kekalahan Hillary di tangan Obama, bagi Clinton merupakan sesuatu tamparan dan pengalaman yang pahit, lebih-lebih lagi, pada peringkat awal, isterinya mendahului Obama. Meskipun dalam Pilihan Raya Presiden tahun 2008, Clinton menyokong Obama dan Obama pula memberikan penghormatan kepada Hillary dengan melantiknya sebagai Setiausaha Negara, "parutnya masih ada." Bahkan, beberapa bulan lalu, tatkala Obama dan kempennya menggasak penglibatan Romney dalam Bain Capital, Clinton memihak kepada calon Republikan itu.
Clinton, seperti yang dibahaskan oleh Howard Kurtz, memberikan suntikan semangat kepada Demokrat dan menyelamatkan penggantinya, iaitu Barack Obama. "Beliau melakukannya untuk Obama, dan untuk negara," tegas Joe Klein. "Tidak ada lagi drama," ulas Michael Crowlay, "Bill benar-benar melakukannya untuk Obama." Dengan sokongan Clinton itu, maka dikatakan bahawa Obama menemui aset penting, sememangnya akhirnya menjadi sebuah kenyataan. Jika sebelum ini, kehadiran Clinton dianggap boleh menawarkan risiko dan peluang, namun yang jelas sekarang, beliau membuka peluang.
Menjelang persidangan ini, seperti dikatakan sebelum ini, banyak tumpuan diberikan terhadap Clinton. "Obama," hujah Peter J. Boyer, "benar-benar memerlukan Bill Clinton," meskipun antara kedua-duanya wujud pengamalan pahit dahulu dan pernah tidak sekata tentang Romney dengan Bain Capital dan kadar cukai era-Bush. Clinton yang sebelum ini seolah-olah enggan bersahabat dengan Obama, menurut pemerhatian Ryan Lizza dalam The New Yorker keluaran 10 September yang dapat diperoleh lebih awal melalui dalam talian, kini menurut Lizza, berpeluk-pelukan.
Penglibatan dan sokongan bekas Presiden memang diperlukan oleh Obama dan Demokrat memandangkan persaingan semakin sengit dan penerimaan terhadap Obama sebelum persidangan, mula memasuki "zon negatif." Sementara pada pihak Romney, tidak banyak lantunan yang dicapai selepas pascapersidangan.

No comments:
Post a Comment