Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Semuanya masalah global: krisis kewangan, kemelesetan, kemiskinan, kebuluran, wabak penyakit, keganasan, dan tidak ketinggalan dadah. Carta harian The Economist mendedahkan negara yang rakyatnya gemar menghisap dadah.
Memetik laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada 26 Jun, wujud antara 119 juta hingga 224 juta pengguna dadah di seluruh dunia. Pulau Palau di Pasifik dilaporkan paling tinggi, iaitu hampir satu perempat pendudk berumur antara 15 tahun hingga 64 tahun menghisap ganja. Rakyat Italy dan Amerika juga gemar khayal, dengan kadar masing-masing ialah 14.6 peratus dan 14.1 peratus. Sementara Uruguay, yang merancang untuk membenarkan penggunaan dadah dari segi undang-undang dipertikaikan, kadarnya 5.6 peratus.
No comments:
Post a Comment