Artikel Popular

Tuesday, June 12, 2012

Kemelesetan Musnahkan Kekayaan Rakyat Amerika

SELASA, 12 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2007 diisytiharkan berakhir pada Jun 2009, dan dengan itu, ekonomi negara itu telah pulih.  Namun, kesan pemulihan tidak dirasai kerana kadar pertumbuhan rendah, iaitu 1.9 peratus pada suku pertama tahun 2012,  manakala kadar pengangguran masih tinggi, yang terbaharu 8.2 peratus.  Kesan kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia Kedua itu meluas dan mendalam bukan sahaja terhadap ekonomi dan politik, tetapi juga perkahwinan yang membawa kepada  perceraian. 

Kajian Rizab Persekutuan, seperti yang dipetik antaranya  oleh CNNMoney The Washington Post, Los Angeles Times,  dan Forbes,  menunjukkan bahawa nilai bersih keluarga Amerika purata jatuh hampir 40 peratus antara tahun 2007 hingga 2010. Kejatuhan yang mengejutkan dari segi nilai bersih median, daripada AS$126,400 pada tahun 2007 kepada AS$77,300 pada tahun 2010, menunjukkan bahawa kemelesetan melesapkan 18 tahun simpanan dan pelaburan oleh keluarga.  

Meskipun hasil kajian itu sudah berusia lebih setahun, mendedahkan pengherotan yang ketara dari segi kewangan isi rumah akibat krisis kewangan dan kemelesetan yang menyusul. Pada tahun 2007, pemilik rumah median mempunyai nilai bersih AS$246,000.  Tiga tahun kemudian, nilai itu jatuh kepada AS$174,500, kehilangan lebih AS$70,000 secara purata. Dalam tempoh tiga tahun itu juga, tahap pendapatan jatuh, dengan pendapatan pracukai median jatuh 7.7 peratus kerana perolehan daripada laba modal semuanya lesap. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...