Artikel Popular

Friday, June 15, 2012

Angela Tidak Mahu Hidupkan Enjin

JUMAAT, 15 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Krisis hutang Eropah sekarang betul-betul ibarat "kapal yang hendak karam" dan tanda Eropah akan runtuh dapat dikenal pasti. Tatkala menghadapi keadaan yang cukup runcing itu,  "krisis hutang terburuk sejak Perang Dunia Kedua," maka harapan demi harapan diberikan kepada Canselor Jerman, Angela Merkel. 

Dalam kalangan negara Eropah, terutamanya zon euro, ekonomi Jerman adalah agak stabil secara relatifnya, dan sering dikatakan negara itu "saku dalam."  Namun, ini tidak bermakna Jerman begitu murah hati untuk menyelamatkan sebuah demi sebuah negara zon euro yang dilanda krisis hutang. 

Memandangkan masalah terus memuncak, Angela Merkel nampaknya tidak mahu menghidupkan kapal yang menunggu detik dan ketika untuk karam.  "Jerman tidak dapat menyelamatkan setiap negara," jelas Merkel.  Bagi beliau, negara lain di Eropah sepatutnya tidak terlalu mengharapkan Jerman.  "Kami yakin bahawa Eropah ialah suratan takdir dan masa depan kita," beliau memberitahu Bundestag.  "Akan tetapi, kita juga tahu kekuatan kita bukan tidak terhad."

Merkel  beberapa hari sebelum ini mencadangkan pembentukan kesatuan politik secara beransur-ansur nampaknya keberatan untuk memikul "biawak hidup", tidak sanggup lagi untuk menyelamatkan zon euro.


Pendirian Angela Merkel sesungguhnya, tidak sukar untuk difahami.  Selain mengelakkan daripada implikasi ekonomi seandainya Jerman terus-menerus bersikap murah hati, beliau juga mengelakkan implikasi politik, yang pastinya membangkitkan keberangan rakyatnya jika Jerman asyik menyelamatkan negara zon euro yang bermasalah.  Keberangan ini diperlihatkan melalui peti undi, seperti dalam beberapa pilihan raya negeri baru-baru ini.


Lagipun, tidak wajar mendesak agar Jerman menyelesaikan segala masalah hutang di zon euro dan menanggung segala risiko.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...