Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Hari ini, genap 40 tahun pecah masuk Watergate, ibu pejabat Parti Demokratik yang akhirnya membawa perletakan jawatan Presiden Richard M. Nixon. Pada 17 Jun 1972, lima orang ditangkap kerana memecah masuk ibu pejabat Jawatankuasa Nasional Demokratik yang terletak di Hotel Watergate.
Istilah "Watergate" segera berkembang. Dalam empat dekad, akhiran "gate" digunakan untuk berbelas-belas, bahkan beratus-ratus skandal lain, besar dan kecil, politik atau bukan politik. Darti Watergate ke Weinergate, antaranya "Monicagate," "Nipplegate," dan "Hackgate."
Empat puluh tahun, tulis Kathleen Parker dalam The Washington Post, "semua rakyat Amerika belajar nama kondominium, hotel, dan kompleks pejabat tertentu bersama-sama Potomac di ibu negara Amerika Syarikat." Tambah beliau, "Watergate" bercacah yang tidak boleh diubah pada jiwa nasional, iaitu cerita yang begitu lazim yang hanya golongan terlalu muda perlu primer. Bagi kebanyakan orang, sejak mula-mula lagi nama Watergate disamakan dengan rasuah kerajaan dan keanehan dari segi keunikan dan paranoid dari segi jenayah Presiden ke-37 Amerika Syarikat, Richard M. Nixon.
Mengenang semula skandal Watergate itu, Dan Eggen menulis dalam The Washington Post hari ini, wang datang mencurah-curah ke dalam kempen pemilihan semula Richard M. Nixon dari segenap penjuru. Ketika empat minggu pada musim bunga 1972, Presiden Nixon membawa sebanyak AS$20 juta, iaitu kira AS$110 juta dalam dolar hari ini, kebanyakannya dalam bentuk sumbangan korporat haram. Memetik Dean, peguam Nixon ketika itu, "Banyak daripada kami percaya bahawa Watergate mungkin tidak berlaku tanpa semua wang yang mencurah-curah itu."

Empat dekad kemudian, hujah Eggen, apa yang berlaku zaman Nixon, kini terus berlaku apabila wang korporat mencurah-curah untuk membantu calon pilihan mereka.Banyak eksekutif korporat yang didapati bersalah kerana jenayah kempen kewangan ketika Watergate kini dengan sewenang-wenangnya menulis cek kepada super PAC pilihan mereka, atau jika merahsiakannya, menulis cek kepada kumpulan bukan keuntungan pematuhan. Perbadanan boleh membelanjakan berapa wang mereka untuk membantu calon pilihan mereka, tidak lagi dilarang oleh undang-undang daripada membelanjakan wang syarikat untuk pilihan raya.
Dalam tulisan itu, Eggen membangkitkan bahawa Presiden Barack Obama dan pencabarnya, Mitt Romney menjelajah seluruh negara untuk mengumpulkan sebanyak mungkin wang, manakjala kumpulan politik yang dikendalikan oleh bekas mereka memungut derma sebanyak tujuh atau lapan angka daripada hartawan yang bersimpati. Beliau juga menyebut saudagar kasino Las Vegas, Sheldon Adelson yang menyumbang AS$10 juta kepada Restore Our Future, super PAC yang berdedikasi untuk membantuk Romney memenangi pilihan raya November ini. Adelson dan keluarganya membelanjakan lebih AS$35 juta untuk membantu Republikan dalam pilihan raya tahun 2012.
Yang terbaharu, Adelson membelanjakan sekurang-kurangnya AS$71 juta wang kasinonya untuk super PAC Republikan yang diperlukan menyatakan penderma, dan kumpulan bukan keuntungan yang tidak diperlukan berbuat demikian.
Pendedahan tentang Watergate itu memperlihatkan kehebatan kewartawanan siasatan yang kini menghadapi risiko. Daripada Watergate, kewartawanan ini berkembang secara mantap ke seluruh dunia.
Menjelang 40 tahun Watergate, Carl Bernstein dan Bon Woodward, menulis dalam The Washington Post bahawa Presiden Nixon jauh lebi teruk daripada yang kita fikirkan. Watergate merupakan serangan yang tidak tahu malu dan berani, diketuai oleh Nixon sendiri, menentang tonggak demokrasi Amerika: Perlembagaan, sistei pilihan raya bebas kita, kedaulatan undang-undang. Kedua-dua penulis ini, iaitu Bernstein dan Woodward terlibat dalam membuat liputan dan menyiasat skandal tersebut.
Rupert Cornwell yang menulis dalam The Independent bahawa jika Nixon melakukan perbuatan tersebut sekarang, kemungkinan beliau terlepas. Sesungguhnya, Nixon memetik Dan Eggen, "hilang pertimbangan serta kebijakan, dan dirosakkan oleh wang korporat yang mencurah-curah."
No comments:
Post a Comment