Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Mitt Romney dalam persiapan untuk pertarungan abad ini, meskipun beliau belum disahkan lagi oleh partinya, Republikan, mengiystiharkan hartanya yang bernilai AS$250 juta. Dengan kekayaan sejumlah itu, jika Romney memenangi Pilihan Raya Presiden November ini, beliau dianggap salah seorang Presiden yang terkaya di Amerika Syarikat. Pastinya mempertarung beliau dengan penjawat kini, iaitu Presiden Barack Obama betul-betul "antara dua darjat" - Obama hanya memiliki aset bernilai antara AS$2.6 juta dengan AS$8.3 juta.
Dalam kalangan ahli politik Amerika, menurut Bloomberg, Nancy Pelosi (Demokrat), Pemimpin Minoriti Dewan Perwakilan menyertai Eric Cantor (Republikan), Pemimpin Majoriti, sebagai anggota yang kaya-raya dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Nancy, 72, dengan AS$40 juta hingga AS$187 juta dalam aset kewangan, bersama-sama suaminya, pelabur hartanah, Paul Pelosi.
Turut tersenarai, Ketua Minoriti Senat, Mitch McConnel (Republikan) yang mempunyai aset bernilai antara AS$9.9 juta hingga AS$44.5 juta.
Turut tersenarai, Ketua Minoriti Senat, Mitch McConnel (Republikan) yang mempunyai aset bernilai antara AS$9.9 juta hingga AS$44.5 juta.
No comments:
Post a Comment