Artikel Popular

Saturday, June 16, 2012

Lima Petua Wanita "Puncak Syawat"

SABTU, 16 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dr.  Logan Levkoff menulis dalam The Huffington Post tentang cara bagaimana untuk menjadikan wanita puncak syawat (orgasma). Orgasma wanita, menurut beliau, merupakan objek kajian saintifik.  

Mengakui bahawa sukar untuk menentukan, sama ada wanita orgasma ataupun tidak, Levkoff menyatakan bahawa banyak wanita tidak mempunyai orgasma tetap kerana mereka terlalu mencari cara "betul" untuk mendapatkan orgasma. "Akan tetapi, saya percaya setiap wanita sepatutnya mempunyai kapasiti untuk keseronokan dan dengan berharap menemui cara untuk hubungan rapat yang perlu dipenuhi dari segi emosi dan fizikal.  Justeru, pertimbangkan panduan anda ini untuk memaksimumkan keseronokan seksual anda, dan pastinya, meningkatkan potensi orgasma anda.

Pertama, menurut beliau, wanita perlu memikirkan apakah yang menjadikan mereka naik seronok.  Kedua, wanita perlu keluar daripada apa yang terkandung dalam kepala mereka.  Ketiga, hentikan kebimbangan tentang "cara"  betul untuk orgasma. Keempat, sentiasa sihat.    Dan, kelima, wanita perlu berbincang dengan doktor mereka. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...