Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sepatutnya apabila Dominique Strauss-Kahn, bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), terlepas untuk menjadi Presiden Perancis berikutan pencabulan seksual di New York, skandal seks dan lipur lara tidak kedengaran.
Namun, keadaan sebaliknya berlaku apabila Wanita Pertama yang sekadar teman bukan isteri Presiden Francois Hollande, iaitu Valerie Trierweiler melalui Twitter menyokong lawan tokoh parti sosialis, Segolene Royal dalam pilihan raya wilayah. Royal, seperti yang diketahui bukan sahaja calon Parti Sosialis dalam Pilihan Raya Presiden Perancis tahun 2007 yang tewas di tangan Nicolas Sarkozy, tetapi juga teman Hollande. Meskipun sudah berpisah dan Trierweiler mengambil tempatnya sebagai teman, Hollande masih menyokong Royal dalam pilihan raya wilayah tersebut.
Selain Twitter yang mencetuskan kontroversi dan mendapat liputan yang luas, Trierweiler d melakukan serangan peribadi terhadap Royal, wanita yang dia dilaporkan tidak sukar dan masih cemburu. Sokongan Hollande terhadap ibu anak-anaknya dipercayai mendorong Trierweiler menghantar mesej kepada lawan Royal.
Masalah seterusnya, menurut makalah dalam Time, bagaimana para pemimpin Parti Sosialis hendak memberitahu teman wanita bos mereka supaya diam.
Keadaan menjadi semakin kusut apabila Royal melawan balik dengan menyatakan ikatan peribadi dan politik antara dia dengan Hollande, sama ada Trierweiler suka ataupun tidak. "Saya meminta dia menghormati ibu yang anak-anak dengar perkara katakan dia," Royal memberitahu khalayak semasa kempen pada hari Rabu lalu.
Makalah dalam Time yang ditulis oleh Bruce Crumley juga mendedahkan skandal yang melibatkan bekas Presiden, Nicolas Sarkozy hasil penerbitan novel The Monarch, His Son, His Fiet karya Marie-Celie Guillaume. Meskipun nama watak diubah, Guillaume memberitahu dalam wawancara prapenerbitan hubungannya dengan tokoh politik, termasuk Sarkozy (a.k.a. Rocky), anak lelaki ahli politiknya Jean (the Dauphin), dan bekas Menteri Dalam negeri Claude Guent (Prefect Tigellin).
Pendek kata, tempoh bulan untuk Presiden baru Perancis, Francois Hollande diwarnai oleh bibit pergolakan. Tatkala ekonomi Perancis muram dan krisis zon euro berterusan, "kabinet dapur"nya mula kecoh. Ratu dan bekas ratu bertelagah antara satu sama lain, seakan-akan lelaki yang beristeri dua.
No comments:
Post a Comment