Artikel Popular

Tuesday, January 1, 2019

Pendidikan Kewarganegaraan


SELASA, 1 Januari 2019
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


(Nota:  Tulisan ini berdasarkan cadangan penulisan buku yang berjudul "Pendidikan Kewarganegaraan" yang tidak tidak dapat disempurnakan. Oleh itu, para pembaca mungkin mendapati tulisan ini tidak tersusun dan berulang-ulang. Walau bagaimanapun, daripada dibiarkan terperap, lebih baik diterbitkan, mungkin dapat dimanfaatkan oleh pembaca -  Zulkifli Salleh) 

Cadangan supaya pendidikan kewarganegaraan sepatutnya lebih memberikan tumpuan terhadap mana-mana sains sosial dan kurikulum sekolah umum  mendorong perdebatan bahawa kurikulum pendidikan kewarganegaraan sepatutnya memasukkan kemahiran kewarganegaraan dan apakah jenis kemahiran kewarganegaraan yang patut diajar.  Ada tiga bidang perbincangan, iaitu debat tentang kandungan yang  diajar, debat tentang apakah pendekatan para pendidikan patut terima pakai ke arah pengajaran tentang kewarganegaraan, dan debat tentang lingkungan yang sesuai untuk kesetiaan politik. 
 Pendidikan Kewarganegaraan ini bertolak daripada pemikiran  Thomas Marshall:  “Kurikulum pendidikan kewarganegaraan boleh mengandungi pendidikan kandungan, pendidikan khidmat,  atau pendidikan keadilan sosial, atau mana-mana gabungan daripada yang tiga itu.  Pendidikan kandungan ditakrifkan sebagai kurikulum sivik tradisional, iaitu para pelajar mengkaji sejarah dan fungsi terselindung kerajaan.  Pendidikan khidmat memerlukan para pelajar menyertai pembelajaran aktif  dengan memberikan khidmat kepada masyarakat mereka.  Pendidikan keadilan sosial mengajar para pelajar mencari penyelesaian untuk ketidakadilan dan untuk perbezaan nilai budaya.” 
Hal ini demikian kerana takrif yang diperkenalkan oleh Marshall tentang pendidikan kewarganegaraan diperluaskan oleh beberapa penyelidik pendidikan lain.  Selain itu, kebanyakan penyelidik pendidikan kini menyokong paduan pendidikan tentang kandungan, khidmat, dan keadilan sosial kerana dipercayai bahawa program pendidikan kewarganegaraan tidak  menyediakan warganegara masa depan yang secukupnya untuk memikul tugas demokratik mereka. 
  Pendidikan Kewarganegaraan juga  merangkumi pendidikan untuk demokrasi (atau pendidikan berkecuali nilai) dan pendidikan moral (atau pendidikan eksplisit nilai).  Seperti  yang pernah dibahaskan, pendidikan  berkecuali nilai bertujuan untuk menyiapkan warganegara dengan mengajar mereka tentang kerajaan dan politik yang menggunakan hanya nilai demokrasi.  Program sedemikian menekankan pentingnya kebebasan awam, kebebasan, dan akses kepada maklumat. Dalam buku ini, walaupun nilai demokrasi ditakrifkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, tetapi sumber  lain turut dirujuk.
Pewujudan sistem pendidikan kewarganegaraan berkecuali nilai berasaskan lima nilai politik, iaitu autonomi tindakan, tiada hak tanpa tanggungjawab, tiada autoriti tanpa demokrasi, pluralisme kosmopolitan, dan konservatisme falsafah dianggap berkecuali dari segi moral dan unsur asas dalam mana-mana masyarakat demokratik.
Pendidikan eksplisit nilai mencuba untuk mentakrifkan sifat dan nilai peribadi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan berhasrat untuk memberitahu nilai ini terhadap penyertaan dalam program pendidikan sivik.  Bentuk pendidikan kewarganegaraan ini menekankan kemoralan dan rasa kesatuan masyarakat, dan bukannya menekankan peranan kerajaan atau nilai mana-mana satu sistem politik. 
Pendidikan Kewarganegaraan  juga  mencuba untuk  mengetengahkan pendidikan eksplisit nilai kerana dipercayai bahawa  tanpa nilai, seperti penyayang dan empati, masyarakat demokratik yang aman damai tidak boleh wujud. 
Sebahagian besar program pendidikan sivik yang dilaksanakan di seluruh dunia menggabungkan idea berkecuali nilai dan kurikulum eksplisit nilai. Kebanyakan progam melibatkan pengajaran kandungan berkenaan kerajaan dan politik dan memberikan penekanan terhadap unsur moral perkhidmatan masyarakat, kewarganegaraan yang baik, dan kedamaian.  Ringkasnya, memberikan tumpuan terhadap keseimbangan antara keperluan masyarakat dengan nilai demokrasi. 
UNESCO memberikan makna pendidikan kewarganegaraan seperti yang berikut:  Pendidikan kewarganegaraan boleh ditakrifkan sebagai mendidik kanak-kanak sejak zaman kanak-kanak kepada menjadi warganegara yang mempunyai pemikiran yang jelas dan warganegara yang disedarkan yang turut serta dalam keputusan yang melibatkan masyarakat.  Institusi negara dan juga kesedaran bahawa kedaulatan undang-undang diterapkan kepada hubungan sosial dan hubungan manusia jelas merupakan bahagian mana-mana kursus pendidikan kewarganegaraan. 
Berdasarkan hakikat tersebut, pendidikan kewarganegaraan berasaskan perbezaan antara individu sebagai subjek etika dan undang-undang, berhak kepada semua hak yang wujud dalam keadaan manusia (hak asasi manusia) dengan warganegara yang berhak kepada hak awam dan dan hak politik yang diiktirafkan oleh perlembagaan negara berkenaan.
UNESCO, seperti yang dinyatakan dalam Citizenship Education for the 21st Century, menyebut bahawa masalah yang dihadapi oleh pendidikan kewarganegaraan ialah bagaimana untuk mengadunkan particular dengan universal, nasional dengan antarabangsa, dan individu dengan masyarakat.  Kesukaran ini dapat diselesaikan dengan menggabungkan pendidikan hak asasi manusia ke dalam subjek baru ini, iaitu pendidikan sivik.  Pendekatan baru ini membuka laluan baru bagi pendidikan untuk kedamaian, hak asasi manusia, dan demokrasi.  Oleh, itu pendidikan kewarganegaraan menangani kedua-dua individu dan warganegara dan menyedikan jalan untuk setiap warganegara untuk mendapatkan kefahaman tentang isu kedamaian dunia, dan cabaran masalah globalisasi ekonomi, alam sekitar, dan budaya. 
Oleh sebab pembangunan mapan manusia dan dunia tempat mereka tinggal adalah berkait dengan kualiti pendidikan, masa telah tiba masanya untuk menganggap pendidikan kewarganegaraan sebagai bahagian penting dalam mana-mana sistem pendidikan dan program pengajaran.
Dalam usaha membina dan memperkukuh sesebuah negara bangsa serta mengharungi arus global, usaha untuk memupuk kefahaman dan penghayatan terhadap Pendidikan Kewarganegaraan dalam kalangan  pelajar adalah penting.
Buku  ini merupakan sumber   rujukan pelajar   sekolah menengah Tingkatan IV dan V,  sebagai pelengkap  buku teks yang sedia ada.

Takrif dan Sifat Kewarganegaraan
Orang telah membincangkan idea kewarganegaraan sejak beribu-ribu tahun, tetapi hingga kini, tiada persetujuan mutlak tentang ketepatan apakah yang dimaksudkan dengan kewarganegaraan.  Konsep kewarganegaraan di sisi undang-undang agak mudah, iaitu biasanya dikaitkan dengan negara bangsa dan ditakrifkan dari segi undang-undang sesebuah negara.  Itulah sebabnya mengapa selalu dianggap bahawa idea tentang kewarganegaraan mempunyai kaitan rapat dengan idea patriotisme.

Takrif Kewarganegaraan
Kewarganegaraan ialah keanggotaan penuh di sesebuh negara atau dalam beberapa unit lain dalam kerajaan.  Kewarganegaraan juga disebut kerakyatan. Hampir semua orang mempunyai kewarganegaraan sekurang-kurangnya di sebuah negara.  Dari segi teori politik dan undang-undang, kewarganegaraan merujuk kepada hak dan tanggungjawab anggota sesebuah negara bangsa atau kota. Setiap warganegara mempunyai hak tertentu dan tanggungjawab tertentu.  Tidak semua orang di sebuah negara itu merupakan warganegara di negara berkenaan. Banyak juga negara yang mempunyai rakyat yang bukan warganegara.
Dalam sesetengah konteks sejarah, warganegara ialah sesiapa sahaja yang menjadi anggota sesebuah kota.  Idea kewarganegaraan dibangunkan di kota Greece dan dan Rom kuno kira-kira 700 S.M. Orang Greek dan Rom awal berpendapat bahawa kota terutamanya adalah sebagai komuniti dan bukanna sebagai tempat geografi.  Komuniti berkenaan terdiri daripada warganegara yang dikaitkan dengan ikatan, seperti persahatan, hubungan kekeluargaan, dan penyertaan dalam  kerajaan.
Tidak semua orang di kota itu mempunyai kewarganegaraan, misalnya golongan hamba. Oleh itu, kewarganegaraan terbatas pada manusia bebas yang mempunyai hak untuk menyertai debat politik kerana mereka memberikan sumbangan selalunya melalui khidmat ketenteraan.
Konsep warganegara dikaji semula dalam konteks negara moden, terutamanya ketika Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika, dan secara beransur-ansur dikenal pasti lebih banyak dengan hak dan tanggungjawab.  Pada zaman moden, kewarganegaraan secara lazim merujuk kepada pelbagai organisasi yang menginstitusikan hak ini dalam negara kebajikan. 
Dalam bidang sosiologi, teori terbaru kewarganegaraan diilhamkan daripada Thomas Marshall yang mentakrifkan kewarganegaraan sebagai status yang dinikmati oleh seseorang yang menjadi anggota penuh sesebuah masyarakat.  Kewarganegaraan mempunyai tiga komponen, iaitu awam, politik, dan sosial.  Hak awam adalah perlu bagi kebebasan individu dan diinstitusikan di mahkamah undang-undang.  Kewarganegaraan politik pula menjamin hak untuk menyertai penggunaan kuasa politik dalam masyarakat, sama ada dengan cara mengundi, atau memegang jawatan politik.  Kewarganegaraan sosial ialah hak untuk menyertai taraf hidup yang sesuai; hak ini terkandung dalam sistem kebajikan dan pendidikan masyarakat moden.
Konsep kewarganegaraan mengandungi tiga unsur atau dimensi, iaitu kewarganegaraan sebagai status undang-undang, yang ditakrifkan oleh hak awam, hak politik, dan hak sosial.  Di sini, seseorang warganegara ialah orang di sisi undang-undang bebas untuk bertindak menurut undang-undang dan mempunyai hak untuk menuntut perlindungan undang-undang.   Namun, ini tidak bermakna bahawa warganegara mengambil bahagian dalam penggubalan undang-undang tidak juga memerlukan bahawa hak adalah seragam antara warganegara.  Yang kedua mempertimbangkan warganegara secara khusus sebagai agen politik yang secara aktif mengambil bahagian dalam institusi politik masyarakat.  Yang ketiga merujuk kepada kewarganegaraan sebagai keanggotaan dalam masyarakat politik yang memberikan sumber identiti yang berbeza.
Baru-baru ini, ahli sosiologi melangkaui teori tradisional tentang demokrasi, liberalisme, dan masyarakat sivil untuk mengemukakan persoalan tentang perhubungan yang berubah antara individu, masyarakat, dan negara, di dunia yang negara bangsa kian tertakluk kepada pengaruh daripada institusi supranasional.
Perbezaan antara warganegara dengan orang asing yang mendasari empat premis asas konsep kewarganegaraan: (i) orang asing tertakluk sepenuhnya kepada kedaulatan sesebuah wilayah; (ii) orang asing tidak termasuk dalam hak warganegara; (iii) negara adalah berdaulat  dalam menentukan peraturan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan atau kehilangan taraf itu; (iv) hak asasi manusia secara berkesan bergantung pada kewarganegaraan.
Ahli sejarah menegaskan bahawa kewarganegaraan dengan demikian diperluaskan dengan pendemokrasian untuk memasukkan takrif yang lebih luas tentang warganegara tanpa mengira jantina, umur, atau kaum. 
Cara untuk Menjadi Warganegara
Setiap negara boleh dikatakan mempunyai pelbagai undang-undang yang menentukan pemberian taraf kewarganegaraan kepada seseorang.  Orang ramai menjadi warganegara melalui dua cara, iaitu melalui kelahiran dan melalaui pewarganegaraan atau naturalisasi.  Hak untuk mendapatkan kewarganegaraan apabila seseorang itu dilahirkan di sesebuah negara dikenali sebagai jus soli.  Undang-undang di kebanyakan negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kanada, pemberian kewarganegaraan berdasarkan jus soli.
            Sesetengah negara menggunakan peraturan kewarganegaraan yang lain dan bukannya jus soli atau sebagai tambahan kepada jus soli.  Peraturan ini menyediakan bahawa kewarganegaraan kanak-kanak ditentukan oleh kerakyatan ibu bapa mereka, tidak kira di mana jua kanak-kanak itu dilahirkan.  Hak kewarganegaraaan berdasarkan kerakyatan ibu bapa kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai jus sanguinis, suatu ungkapan Latin yang bermaksud hak darah .
            Pewarganegaraan atau naturalisasi ialah proses undang-undang yang membolehkan orang asing menjadi warganegara sesebuah negara yang dipilihnya.  Setiap negara menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh orang asing untuk diberikan taraf kewarganegaraan melalui cara ini.  Misalnya, orang asing tidak boleh menjalani pewarganegaraan di Amerika Syarikat dan Kanada, kecuali orang asing itu tinggal di negara itu untuk beberapa tahun.
Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kewarganegaraan adalah melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan dan tiap-tiap prang yang pada hari atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kewarganegaraan diperoleh melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara).  Seseorang wanita yang suaminya ialah warganegara Malaysia, maka wanita itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika perkahwinan itu masih wujud.  Kerajaan Persekutuan juga  boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara.
Malaysia juga mengamalkan kewarganegaraan melalui naturalisasi seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.  Kerajaan Persekutuan boleh memberikan perakuan naturalisasi kepada orang yang bukan warganegara berumur 21 tahun atau lebih.  Pemberiaan ini berdasarkan bahawa Kerajaan Persekutuan bepuas hati bahawa orang itu telah dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberikan perakuan itu; be berkelakuan baik; dan mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.
Dipercayai bahawa pendidikan kewarganegaraan sepatutnya lebih memberikan tumpuan terhadap mana-mana sains sosial dan kurikulum sekolah umum; dan in mendorong perdebatan bahawa kurikulum pendidikan kewarganegaraan sepatutnya memasukkan kemahiran kewarganegaraan dan apakah jenis kemahiran kewarganegaraan yang patut diajar.  Terdapat tiga bidang perbincangan, iaitu debat tentang kandungan yang  diajar, debat tentang apakah pendekatan para pendidikan patut terima pakai ke arah pengajaran tentang kewarganegaraan, dan debat tentang lingkungan yang sesuai untuk kesetiaan politik. 
Menurut Thomas Marshall, kurikulum pendidikan kewarganegaraan boleh mengandungi pendidikan kandungan, pendidikan khidmat,  atau pendidikan keadilan sosial, atau mana-mana gabungan daripada yang tiga itu.  Pendidikan kandungan ditakrifkan sebagai kurikulum sivik tradisional, iaitu para pelajar mengkaji sejarah dan fungsi terselindung kerajaan Amerika Syarikat.  Pendidikan khidmat memerlukan para pelajar menyertai pembelajaran aktif  dengan memberikan khidmat kepada masyarakat mereka.  Pendidikan keadilan sosial mengajar para pelajar mencari penyelesaian untuk ketidakadilan dan untuk perbezaan nilai budaya.  Takrif yang diperkenalkan oleh Marshall tentang pendidikan kewarganegaraan diperluaskan oleh beberapa penyelidik pendidikan lain.
Kebanyakan penyelidik pendidikan kini menyokong paduan pendidikan tentang kandungan, khidmat, dan keadilan sosial kerana dipercayai bahawa program pendidikan kewarganegaraan tidak  menyediakan warganegara masa depan yang secukupnya untuk memikul tugas demokratik mereka.  Untuk itu, pendidikan kewarganegaraan sepatutnya merangkumi pendidikan untuk demokrasi (atau pendidikan berkecuali nilai) dan pendidikan moral (atau pendidikan eksplisit nilai). 
Pendidikan  berkecuali nilai bertujuan untuk menyiapkan warganegara dengan mengajar mereka tentang kerajaan dan politik yang menggunakan hanya nilai demokrasi.  Program sedemikian menekankan pentingnya kebebasan awam, kebebasan, dan akses kepada maklumat.  Nilai demokrasi ditakrifkan mengikut Perlembagaan dan statut lain.
Pewujudan sistem pendidikan kewarganegaraan berkecuali nilai berasaskan lima nilai politik, iaitu autonomi tindakan, tiada hak tanpa tanggungjawab, tiada autoriti tanpa demokrasi, pluralism cosmopolitan, dan konservatisme falsafah dianggap berkecuali dari segi moral dan unsur asas dalam mana-mana masyarakat demokratik.
Pendidikan eksplisit nilai mencuba untuk mentakrifkan sifat dan nilai peribadi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan berhasrat untuk memberitahu nilai ini terhadap penyertaan dalam program pendidikan sivik.  Bentuk pendidikan kewarganegaraan ini menekankan kemoralan dan rasa kesatuan masyarakat dan bukannya menekankan peranan kerajaan atau nilai mana-mana satu sistem politik.  Para penyokong sistem ini menegaskan bahawa tanpa nilai, seperti penyayang dan empati, masyarakat demokratik yang aman damai tidak boleh wujud.
Sebahagian besar program pendidikan sivik yang dilaksanakan di seluruh dunia menggabungkan idea berkecuali nilai dan kurikulum eksplisit nilai. Kebanyakan progam melibatkan pengajaran kandungan berkenaan kerajaan dan politik dan memberikan penekanan terhadap unsur moral perkhidmatan masyarakat, kewarganegaraan yang baik, dan kedamaian.  Ringkasnya, memberikan tumpuan terhadap keseimbangan antara keperluan masyarakat dengan nilai demokrasi. 
UNESCO (makna pendidikan kewarganegaraan):  Pendidikan kewarganegaraan boleh ditakrifkan sebagai mendidikan kanak-kanak sejak zaman kanak-kanak kepada menjadi warganegara yang mempunyai pemikiran yang jelas dan warganegara yang disedarkan yang turut serta dalam keputusan yang melibatkan masyarakat.  Institusi negara dan juga kesedaran bahawa kedaulatan undang-undang diterapkan kepada hubungan sosial dan hubungan manusia jelas merupakan bahagian mana-mana kursus pendidikan kewarganegaraan.  Berdasarkan hakikat tersebut, pendidikan kewarganegaraan berasaskan perbezaan antara:
Individu sebagai subjek etik dan undang-undang, berhak kepada semua hak yang wujud dalam keadaan manusia (hak asasi manusia) dengan warganegara yang berhak kepada hak awam dan dan hak politik yang diiktirafkan oleh perlembagaan negara berkenaan.
UNESCO, seperti yang dinyatakan dalam Citizenship Education for the 21st Century, menyebut bahawa masalah yang dihadapi oleh pendidikan kewarganegaraan ialah bagaimana untuk mengadunkan particular dengan universal, nasional dengan antarabangsa, dan individu dengan masyarakat.  Kesukaran ini dapat diselesaikan dengan menggabungkan pendidikan hak asasi manusia ke dalam subjek baru ini, iaitu pendidikan sivik.  Pendekatan baru ini membuka laluan baru bagi pendidikan untuk kedamaian, hak asasi manusia, dan demokrasi.  Oleh, itu pendidikan kewarganegaraan menangani kedua-dua individu dan warganegara dan menyedikan jalan untuk setiap warganegara untuk mendapatkan kefahaman tentang isu kedamaian dunia, dan cabaran masalah globalisasi ekonomi, alam sekitar, dan budaya. 
Oleh sebab pembangunan mapan manusia dan dunia tempat mereka tinggal adalah berkait dengan kualiti pendidikan, masa telah tiba untuk menganggap pendidikan kewarganegaraan sebagai bahagian penting dalam mana-mana sistem pendidikan dan program pengajaran.
Dari segi teori politik dan undang-undang, kewarganegaraan merujuk kepada hak dan tanggungjawab anggota sesebuah negara bangsa atau kota. Dalam sesetengah konteks sejarah, warganegara ialah mana-mana anggotga sesebuah kota.  Di Greek zaman klasik, kewarganegaraan terbatas pada manusia bebas yang mempunyai hak untuk menyertai debat politik kerana mereka memberikan sumbangan selalunya melalui khidmat ketenteraan kepada sokongan langsung negara kota itu.  Ahli sejarah menegaskan bahawa kewarganegaraan dengan demikian diperluaskan dengan pendemokrasi untuk memasukkan takrif yang lebih luas tentang warganegara tanpa mengir jantina, umur, atau kaum.  Konsep warganegara dikaji semula dalam konteks negara moden, terutamanya ketika Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika, dan secara beransur-ansur dikenal pasti lebih banyak dengan hak dan tanggungjawab.  Pada zaman moden, kewarganegaraan secara lazim merujuk kepada pelbagai organisasi yang menginstitusikan hak ini dalam negara kebajikan. 
Dalam bidang sosiologi, teori terbaru kewarganegaraan diilhamkan daripada Thomas Marshall yang mentakrifkan kewarganegaraan sebagai status yang dinikmati oleh seseorang yang menjadi anggota penuh sesebuah masyarakat.  Kewarganegaraan mempunyai tiga komponen, iaitu awam, politik, dan sosial.  Hak awam adalah perlu bagi kebebasan individu dan diinstitusikan di mahkamah undang-undang.  Kewarganegaraan politik pula menjamin hak untuk menyertai penggunaan kuasa politik dalam masyarakat, sama ada dengan cara mengundi, atau memegang jawatan politik.  Kewarganegaraan sosial ialah hak untuk menyertai taraf hidup yang sesuai; hak ini terkandung dalam sistem kebajikan dan pendidikan masyarakat moden.
Baru-baru ini, ahli sosiologi melangkaui teori tradisional tentang demokrasi, liberalisme, dan masyarakat sivil untuk mengemukakan persoalan tentang perhubungan yang berubah antara individu, masyarakat, dan negara, di dunia yang negara bangsa kian tertakluk kepada pengaruh daripada institusi supranasional.
Perbezaan antara warganegera dengan orang asing yang mendasari empat premis asas konsep kewarganegaraan: (i) orang asing tertakluk sepenuhnya kepada kedaulatan sesebuah wilayah; (ii) orang asing tidak termasuk dalam hak warganegara; (iii) negara adalah berdaulat (states are sovereign) dalam menentukan peraturan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan atau kehilangan taraf itu; (iv) hak asasi manusia secara berkesan bergantung pada kewarganegaraan.
Konsep kewarganegaraan mengandungi tiga unsur atau dimensi, iaitu kewarganegaraan sebagai status undang-undang, yang ditakrifkan oleh hak awam, hak politik, dan hak sosial.  Di sini, seseorang warganegara ialah orang di sisi undang-undang bebas untuk bertindak menurut undang-undang dan mempunyai hak untuk menuntut perlindungan undang-undang.   Ia tidak bermakna bahawa warganegara mengambil bahagian dalam penggubalan undang-undang tidak juga memerlukan bahawa hak adalah seragam antara warganegara.  Yang kedua mempertimbangkan warganegara secara khusus sebagai agen politik yang secara aktif mengambil bahagian dalam institusi politik masyarakat.  Yang ketiga merujuk kepada kewarganegaraan sebagai keanggotaan dalam masyarakat politik yang memberikan sumber identiti yang berbeza.
Pendidikan kewarganegaraan memperkenalkan pelbagai istilah dan konsep yang tertakluk kepada pelbagai takrik dan debat.  Para pelajar dikehendaki mengenal pasti dan memahami semua istilah ini apabila mereka menemui istilah berkenaan dan juga menerapkan istilah itu dalam situasi kehidupan sebenar. 
            Kewarganegaraan bukan kajian akademik (mata pelajaran) yang membosankan dan wujud peluang untuk menerokai bagaimana mata pelajaran itu relevan dengan kehidupan harian pelajar sebagai warganegara, iaitu daripada   serantau dan identiti nasional kepada kewarganegaraan global dan cabaran untuk mengimbangi kedua-duanya; penyelesaian konflik untuk mewujudkan perubahan sosial dan politik pada tahap global menerusi  saluran institusi  dan tindakan langsung.
           

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...