Artikel Popular

Wednesday, January 2, 2019

Debat Peralihan daripada Feudalisme kepada Kapitalisme

RABU, 2 Januari 2019
Oleh: ZULKIFLI SALLEH



Berlaku debat dalam kalangan sejarawan ekonomi Barat tentang asal-usul kapitalisme moden. Debat  sejarah ini mendapat liputan yang meluas, yang memperlihatkan percanggahan dalam kalangan Marxis, sebagaimana antara sejarawan Marxis dengan bukan Marxis.  Pada tahun 1950, berlaku bertukar-tukar pandangan  antara ahli ekonomi, Paul Sweezy dengan sejarawan ekonomi, Maurice Dobb yang bukunya, Studies in the Development of Capitalism (1946) yang Sweezy kritik.  Menurut Ellen Meiksin Wood dalam bukunya, The Origin of Capitalism,  bertukar-tukar pandangan mereka berkembang ke dalam debat besar dalam kalangan mereka yang terkenal, terutamanya Marxis, sejarawan dalam jurnal Science & Society, yang kemudiannya dikumpulkan  dan diterbitkan dalam buku, The Transition from Feudalism to Capitalism, yang R.H. Hilton sebagai editor. Apa yang dikenali sebagai “debat peralihan,” merupakan  titik rujukan utama untuk perbincangan subjek ini dalam kalangan Marxis dan lain-lainnya sejak itu.
Maurice Dobb menyediakan penjelasan utama pertama tentang kemerosotan feudalisme yang mewakili pendekatan Marxis klasik. Dobb mentakrifkan feudalisme sebagai sistem yang di bawah status ekonomi dan autoriti dikaitkan dengan pemegangan tanah, dan pengeluar langsung yang di bawah obligasi berasaskan undang-undang atau hak adat untuk mengekhaskan kuota tertentu kerja pengeluar berkenaan atau hasilnya untuk manfaat pembesar feudalnya yang bertaraf lebih tinggi.  Feudalisme di sini mengandungi hubungan sosial antara pembesar feudal dengan kaum tani. Pembesar  feudal memerintah atau mengawal kaum tani dan tanah mereka dan merendahkan martabat mana-mana percubaan keputusan ekonomi yang diambil oleh mereka, bahkan apabila kaum  tani kelas atasan mempunyai keupayaan untuk berkembang dari segi ekonomi. Kaum tani yang dikawal disebut “hamba” (serfs) menggunakan bidang tanah kecil mereka dengan  hasil dan kerja buruh dan diperlukan memperuntukkan bahagian nilai kerja dan hasil itu kepada pembesar feudal; ini dianggap ragam pengeluaran kecil dari sudut pandangan sosioekonomi  feudalisme.
            Dobb menegaskan bahawa kemerosotan feudalisme adalah akibat percanggahan dalaman dalam ragam pengeluaran feudal. Penjelasan ini pada amnya dijelaskan sebagai “model percanggahan dalaman.” Bagi Dobb, terdapat dua unsur yang berkait dengan peralihan daripada feudalisme kepada kapitalisme, iaitu sistem pengeluaran yang terletak pada hamba-buruh dan sistem pengeluaran berasaskan buruh upah yang diupah. Beliau mula mengutarakan kemerosotan feudalisme dengan menekankan taakulan yang menjadi peningkatan perdagangan dan modal saudagar yang memusnahkan sistem feudal.  Ditegaskan bahawa perdagangan dan modal saudagar bukan secara langsung membawa perubahan kepada sistem ekonomi feudal, kerana pembangunan perdagangan berkait rapat dengan pertumbuhan pembahagian kerja, dan pembahagian kerja bergantung pada peningkatan produktiviti buruh.
            Paul Sweezy yang menerima pakai pendekatan market-centric menyebut “pasaran” atau “model komersial.” Beliau menentang pengenalpastian feudalisme Dobb dengan perhambaan (serfdom) sebagai istilah saling boleh bertukar. Perspektif “hubungan pertukaran” tentang takrif kapitalisme Sweezy sebagai sistem pengeluaran untuk keuntungan menerusi pertukaran pasaran yang bergantung pada pembahagian kerja yang berasaskan perdagangan antarabangsa. Beliau menegaskan bahawa oleh sebab masyarakat feudal ialah sistem pengeluaran untuk gunaan, maka tidak wujud dinamik dalaman yang akan merangsang pertumbuhan dan pengembangan jangka panjang, apatah lagi kemampuan mengubah feudalisme kepada kapitalisme. Menurut beliau, kebangkitan ekonomi pertukaran yang membawa kepada monetization hubungan antara pembesar  feudal dengan rakyat jelata kaum tani menandakan pembubaran feudalisme. Beliau mendapati  konsep feudalisme Dobb  lemah  dan beliau menegaskan bahawa sesetengah perhambaan dapat wujud dalam sistem yang bukan feudal. Beliau percaya bahawa, bahkan ekonomi paling primitif juga memerlukan jumlah tertentu perdagangan.
            Dalam membincangkan Marx tentang bentukan prakapitalis, Eric Hobsbawm dalam bukunya, How to Change the World, turut menyentuh debat peralihan antara Sweezy dengan Dobb itu. Tegas Hobsbawm, bukan mustahil bahawa Marx mungkin bersetuju dengan  Dobb bahawa punca kemerosotan ialah “ketidakcekapan feudalisme sebagai sistem pengeluaran, bersama-sama dengan keperluan yang semakin menjadi-jadi  kelas pemerintah terhadap hasil, meskipun Marx kelihatan jika ada, untuk menekankan tidak boleh lentur relatif permintaan  kelas feudal yang memerintah, dan kecenderungannya  untuk menetapkan permintaan itu secara konvensional. Sama juga kemungkinan bahawa Marx akan menyetujui  pandangan  R.H. Hilton bahawa “perjuangan untuk sewa ialah ‘penggerak utama dalam masyarakat feudal.”  Sweezy pula menegaskan  (mengikuti  Marx) bahawa feudalisme ialah sistem pengeluaran untuk gunaan, dan bahawa dalam bentukan ekonomi sedemikian, “dahaga bukan tanpa ikatan terhadap lebihan buruh yang bangkit daripada sifat pengeluaran sendiri.” Justeru, agen utama penyepaian ialah pertumbuhan perdagangan, beroperasi lebih banyak, terutamanya melalui kesan konflik dan saling mempengaruhi  antara feudal di kawasan luar bandar dengan feudal di bandar yang dimajukan pada marginnya.
Tambah Hobsbawm, pokok kritikan Sweezy terhadap Dobb, yang melancarkan debat tersebut, adalah bahawa Sweezy tidak puas hati dengan percubaan untuk menjelaskan penyepaian feudalisme oleh mekanisme implisit dalam “hubungan pengeluaran” utama dalam sistem itu, iaitu antara pembesar  dengan hamba. Sebaliknya, Sweezy memilih untuk menekankan  - atau menekankan semula, oleh sebab wujud banyak bukan Marxis terdahulu, di samping Marxis terdahulu untuknya, maka peranan perdagangan  dalam melemahkan dan mengubah ekonomi feudal. Pertumbuhan perdagangan merupakan faktor muktamad menyebabkan  kemerosotan feudalisme di Eropah Barat.
Persoalan utama isu antara Sweezy dengan Dobb adalah di manakah untuk mencari “penggerak utama” dalam peralihan daripada feudalisme kepada kapitalisme.  Adakah punca utama peralihan ditemui dalam hubungan feudalisme konstitutif asas, iaitu hubungan antara pembesar  dengan kaum tani? Atau adakah punca itu luaran untuk hubungan tersebut, ditemui terutamanya dalam pengembangan perdagangan? Dobb, dan dalam debat berikutnya, Hilton mengemukakan hujah penting secara mendalam, menunjukkan bahawa perdagangan bukan dengan sendirinya pelarut feudalisme.  Bahkan, perdagangan dan bandar memang bukan memudaratkan feudalisme sama sekali. Sebaliknya, feudalisme dibubarkan dan kapitalisme disebabkan oleh faktor yang dalaman kepada hubungan utama feudalisme sendiri, dalam perjuangan kelas antara pembesar dengan kaum tani.
Bagi mereka yang menyebelahi Dobb dalam debat ini, isu yang diutarakan sebagai penjelasan endogen lawan eksogen.  Dobb menemui asal-usul peralihan daripada feudalisme kepada kapitalisme dalam unsur dalaman kepada negara, khususnya di England. Sweezy dituduh oleh Dobb dan para penyokongnya dengan menganggap penting faktor luaran, terutamanya aliran perdagangan dan mengabaikan peranan fundamental perubahan dalam struktur pengeluaran, dan dengan itu, hubungan kelas. Sweezy dan lain-lain memberikan respons dengan menunjukkan bahawa England pada hakikatnya, bahagian besar zon Eropah-Mediterranean, yang transformasi dianggap apa yang berlaku di England.  Sweezy menggunakan data empirik daripada karya Henri Pirenne. Mereka yang menyokong Dobb berkata bahawa Sweezy memberikan penekanan yang berlebihan terhadap pentingnya perdagangan (diberi nama begitu pemboleh ubah luaran) dan mengabaikan peranan penting hubungan pengeluaran (diberi nama begitu pemboleh ubah dalaman).
Walau bagaimanapun, Hilton, seperti yang dicatatkan oleh Wood menegaskan bahawa hujah Pirenne ditunjukkan secara empirik adalah cacat, dan menghuraikan cara yang wang, perdagangan, bandar, dan bahkan  dinamakan begitu “revolusi komersial” bukannya asing, tetapi sebaliknya, integral kepada sistem feudal.  Ini bermakna bahawa, meskipun wujud tanpa diragui proses yang kompleks yang faktor ini sumbangkan dalam peralihan, faktor berkenaan tidak boleh dianggap sebagai pelarut feudalisme.
Kedua-duanya, iaitu Dobb dan Hilton dalam berbagai-bagai cara menunjukkan bahawa  pembubaran feudalisme dan kebangkitan kapitalisme akibat daripada pembebasan pengeluaran komoditi kecil, pengeluaran ini dilepaskan daripada belenggu feudalisme, sebahagian besarnya oleh  cara perjuangan kelas antara pembesar dengan kaum tani. Sweezy, dalam hujah balasnya, menegaskan bahawa feudalisme, kerana semua ketidakcekapan dan ketidakstabilannya, adalah secara intrinsik, kuat dan menentang perubahan, dan bahawa kuasa penggerak utama dalam pembubarannya perlu datang dari luar Sistem feudal boleh bertolak ansur, dan sememangnya, memerlukan amaun perdagangan tertentu; tetapi, dengan penubuhan perdagangan bandar bertempatan (localized) dan pusat rentas perkapalan berasaskan perdagangan jarak jauh (dengan Sweezy memetik autoriti  Pirenne), proses ialah permulaan yang menggalakkan pertumbuhan pengeluaran untuk pertukaran, bercanggah  dengan prinsip pengeluaran untuk gunaan. Walau bagaimanapun, hujah Sweezy, kapitalisme bukannya hasil segera proses ini. Pengembangan perdagangan adalah cukup untuk membubarkan feudalisme, dan untuk membawa fasa tradisional “pengeluaran komoditi prakapitalis” yang tidak stabil dengan sendirinya, menyediakan tapak untuk kapitalisme pada abad ke-17 dan ke-18.
Hujah Sweezy adalah dalam garis kasarnya, sememangnya tekal  dengan model pengkomersialan, manakala penyataan Dobb ialah serangan terhadap model berkenaan.  Sweezy seakan-akan bermula daripada tesis Pirenne khususnya, dan lebih secara am, menunjukkan antagonisme fundamental antara sistem perdagangan jarak jauh yang berkembang dengan prinsip asas feudalisme, dan kadang kala yang dapat dianggap spesifik kerasionalan pelaku ekonomi prakapitalis untuk kapitalisme.  Sebaliknya, Dobb dan Hilton menegaskan bahawa bandar dan perdagangan bukannya sifat yang semestinya memudaratkan feudalisme, bahawa “penggerak utama” dapat ditemui dalam hubungan harta utama feudalisme, dan bahawa perjuangan kelas antara pembesar dengan kaum tani adalah penting bagi proses ini. Dobb dan Hilton pastinya, bertolak daripada model pengkomersialan dengan mencari “penggerak utama” di kawasan luar bandar dan bukannya di bandar, dan dengan menumpukan perjuangan kelas antara pengambil (appropriators) dengan pengeluar dan bukannya memberikan tumpuan pada pengembangan perdagangan. Akan tetapi, satu andaian kritis adalah sama: kapitalisme muncul apabila belenggu  feudalisme diketepikan. Kapitalisme adalah entah kenapa telah pun muncul dalam rekahan feudalisme, hanya menunggu di situ untuk dilepaskan.
Meskipun debat hangat  itu akhirnya reda, menurut Hobsbawm, pada suatu masa pada tahun 1960-an,  persoalan genesis sejarah ekonomi kapitalis moden dibangkitkan dalam cara  semula cara baharu yang berbeza sama sekali – meskipun kelihatan diperoleh daripada pihak Sweezy kontroversi lama. Tesis baharu dikemukakan secara polemik oleh Andre Gunder Frank, dalam bukunya, Capitalism and Underdevelopment in Latin America (1967), dan seterusnya, dalam cara yang lebih huraian dan bentuk yang didokumenkan dari segi sejarah oleh Immanuel Wallerstein, dalam bukunya, The Modern World-System (1974).  Tiga usul membentuk teras tafsiran ini. Pertama, bahawa kapitalisme boleh pada dasarnya, disamakan dengan hubungan pasaran, dan pada skala dunia dengan perkembangan “sistem dunia” mengandungi pasaran dunia yang di dalamnya bilangan negara “pusat” yang maju mewujudkan dominasi  terhadap “pinggir” dan mengeksploitasinya. Kedua, penubuhan “pasaran dunia” ini, yang dapat dijejak sejak era pertama penaklukan kolonial pada bad ke-16, mewujudkan pada dasarnya,  dunia kapitalis, yang mesti dianalisis dari segi  ekonomi kapitalis. Ketiga, bahawa perkembangan negara kapitalis “pusat” metropolitan melalui dominasi dan eksploitasi negara lain yang menghasilkan kedua-duanya, iaitu “pembangunan” progresif  pusat dan “kemunduran” progresif Dunia Ketiga, misalnya melebarnya, dan jurang yang tidak dapat dirapatkan antara sektor dunia ini.
            Sepuluh tahun selepas Frank menerbitkan bukunya itu, Robert Brenner, sejarawan Marxis, menulis sebuah makalah panjang dalam  New Left Review (Julai -  Ogos 1977), menyasarkan “aliran pergantungan” yang dikaitkan dengan Paul Sweezy, Paul Baran, Samir Amin, dan Frank sendiri. Beliau juga mengkritik Wallerstein yang terkenal sebagai ahli  sistem-dunia berbanding dengan ahli teori pergantungan.  Apa-apa perbezaan yang wujud antara teori pergantungan dan sistem-dunia, mereka bersatu mempercayai bahawa kapitalisme bertanggungjawab terhadap pembangunan kemunduran di Dunia Ketiga. Sebab langsung Brenner menulis makalah itu adalah untuk menyanggah analisis Sweezy tentang asal-usul kapitalisme, seperti yang dibincangkan dalam debat beliau dengan Dobb.  Brenner menerima pakai tesis asas Dobb, tetapi menggugurkan bahagian tentang kolonialisme. Sememangnya, beliau terlalu tegas tentang kapitalisme yang berasal di kawasan luar bandar British yang beliau secara positif berseteru dengan mana-mana analisis yang melihat “pengumpulan primitif” di Dunia Baharu.
            Brenner yang menyasarkan kritikannya terhadap  Sweezy, Frank, dan Wallerstein.  Brenner,  menuduh mereka “sebenarnya, ‘neo-Smithian’ kerana pegangan teguh mereka kepada sesuatu seperti model pengkomersialan klasik, seperti yang digariskan oleh Adam Smith.”  Beliau berpendapat bahawa perkembangan ekonomi kapitalis tidak semata-mata dihasilkan oleh pengumpulan lebihan ekonomi yang telah dialirkan dari tanah jajahan. Bahkan, pembangunan dan kurang pembangunan tidak boleh diandaikan sebagai merupakan hasil perkembangan sistem kapitalisme kerana perkembangan ekonomi kapitalis itu merupakan satu proses kualitatif (perkembangan lebihan guna tenaga relatif) dan bukan kuantitatif semata-mata. Bagi Brenner, proses itu bukan sahaja telah menghasilkan bentukan kelas  borjuis dan proletariat, bahkan juga gerak kuasa ekonomi dan bukan ekonomi yang menentukan hubungan antara kelas. Dengan melibatkan Sweezy, Brenner   melanjutkan perdebatan antara Sweezy dengan  Dobb, tentang peralihan daripada feudalisme kepada kapitalisme, dan jelas bahawa beliau memihak kepada Dobb. Walau bagaimanapun, mereka bertiga, iaitu Sweezy, Frank, dan Wallerstein, baik sebagai kumpulan mahupun individu tidak menjawab kritikan Brenner itu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...