Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Lain padang lain belalang. Kepala sama hitam (ada juga kepala putih macam saya sekarang), hati lain-lain. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Fiil dan kegemaran manusia tidak sama dalam banyak aspek kehidupan mereka.
Demikian juga tentang waktu yang sesuai untuk pasangan suami isteri mengadakan hubungan seks. Sebilangan orang pastinya memilih waktu tertentu, manakala sebilangan yang lain tidak kira waktu: nak sokmo. Pagi, petang, siang, malam asyik bergomol!
Baru-baru ini, +The Huffington Post, mengadakan pertemuan dengan Jenny Triplett, pengarang bersama Surviving Marriage in the 21st Century, bertanyakan pandangan beliau tentang masa yang sesuai. Jenny mendedahkan pengalaman beliau sendiri bahawa oleh sebab beliau sibuk dengan pekerjaannya, maka masa yang sesuai untuk bersetubuh pastinya bukannya lewat malam, sebaliknya pertengahan hari apabila beliau rasa masih bertenaga.
Akhbar Internet itu juga melaporkan kajian iVillage tentang masa yang sesuai untuk pasangan suami isteri memenuhi keperluan naluri membara mereka.
No comments:
Post a Comment