Artikel Popular

Tuesday, March 12, 2013

Diskriminasi dan Pantang Larang dalam Industri Lucah

SELASA, 12 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kesatuan Eropah, seperti yang dilaporkan bercadang mengawal selia Internet, iaitu mengharamkan pornografi dalam semua media, termasuk Internet.  Cadangan ini jika dilaksanakan kelak berpotensi menyekat kebebasan awam.

Namun, langkah yang dianggap melindungi kaum wanita, sebenarnya, bahas Amanda Hess, mendiskriminasikan mereka, meminggirkan keseksualan mereka.  

Sementara itu, bagi kebanyakan bintang lucah, hubungan seks antara kaum masih merupakan pantang larang.  Dalam filem atau video lucah, selalunya hubungan seks seperti itu sering diketengahkan, iaitu lelaki Negro yang merupakan "raja segala raja" menala atau menugal wanita kulit putih.  Namun, seperti yang didedahkan oleh Aurora Snow, di belakang kamera, kebanyakan bintang lucah menentukan garis sempadan untuk hubungan seks antara kaum.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...