Artikel Popular

Friday, March 1, 2013

Amerika Syarikat: Perbelanjaan Pengguna Meningkat, Pendapatan Menurun

JUMAAT, 1 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Perbelanjaan  pengguna Amerika Syarikat dilaporkan meningkat pada Januari kerana rakyat negara itu lebih banyak berbelanja untuk perkhidmatan, manakala simpanan jatuh paling besar dalam masa 20 tahun. 

Jabatan Perdagangan yang dipetik memaklumkan pada hari ini bahawa perbelanjaan pengguna meningkat 0.2 peratus pada Januari selepas disemak semula 0.1 peratus, meningkat dari bulan sebelum ini.  Perbelanjaan sebelum ini dianggarkan meningkat 0.2 peratus pada Disember.  Peningkatan pada Januari adalah selari dengan jangkaan ahli ekonomi.  Perbelanjaan merupakan kira-kira 70 peratus aktiviti ekonomi Amerika Syarikat dan apabila diselaraskan dengan infalsi, maka meningkat 0.1 peratus selepas peningkatan yang sama pada Disember.

Sementara itu, kadar pengangguran di zon euro dilaporkan mencapai ketinggian baru pada Januari, iaitu 11.9 peratus.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...