Artikel Popular

Sunday, August 21, 2011

Liputan Pergolakan di Libya

AHAD,  21  Ogos 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Penguasaan Muhammar Gaddafi selama 42 tahun, kini tiba di penghujungnya.  Pada hari ini sahaja beliau terpaksa berhadapan pelbagai tekanan, baik ketenteraan mahupun perang psikologi.  Berita terkini, warga asing berduyun-duyun meninggalkan Libya, satu isyarat bahawa Tripoli di ambang kejatuhan.

Tunisia, jiran Libya di barat laut, mengikuti jejak langkah beberapa negara lain, seperti Perancis dan Britain, pada hari,  mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan sebagai kerajaan Libya yang sah.

The Guardian memberikan liputan langsung tentang  pergolakan di negara itu.  David Owen yang menulis dalam The Independent pada hari ini,  menyambut keriangan detik-detik kejatuhan Gaddafi berkata, pelaksanaan Nato terhadap zon larangan terbang Libya memperoleh kejayaan, membantu  tentera pembebasan dalam bebarapa hari lalu untuk akhirnya mengawal Zawiya yang letaknya  hampir dengan Tripoli.  






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...