Artikel Popular

Tuesday, February 7, 2012

Pemusnahan Kreatif Pelancongan

SELASA,  7  Februari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Boleh dikatakan setiap negara di dunia berlumba-lumba menyelamatkan dan memulihara tapak warisan masing-masing.  Komitmen ini dipermudahkan lagi dengan adanya program UNESCO yang dikenali sebagai tapak Warisan Dunia.  Kini, wujud wujud 725 tapak budaya Warisan Dunia yang menyenaraikan tapak di serata dunia.


Namun, seperti yang pernah didedahkan dalam The Economist dan The Independent, banyak keburukannya apabila sesebuah tapak dianugerahkan Warisan Dunia.  Hal ini demikian kerana tapak berkenaan setakat diselamatkan atau dipuliharakan semata-mata, sebaliknya apabila memperoleh taraf Warisan Dunia, pihak berkuasa tapak itu, mula memikirkan sumber kewangan yang dapat dihasilkan: pusat pelancongan.  Jika demikian, tidak dapat tidak, tapak terpaksa menerima jumlah pelawat yang banyak.  Akibatnya, tapak Warisan Dunia mengalami kemusnahan, lebih-lebih lagi jika aspek penyenggaraan kurang diberikan perhatian oleh berkuasa tapak itu.

Pendedahan tentang kemusnahan tapak Waisan Dunia bukan terhenti setakat majalah dan akhbar itu kerana baru-baru ini, Hannah Beech yang menulis Time ( membangkitkan kesibukan Warisan Dunia menyebabkan kemasukan ke dalam senarai UNESCO, selalunya membawa sumpahan sebagaimana juga rahmat.  (Hanya pembaca yang melanggani majalah ini dapat mengakses tulisan  berkenaan melalui dalam talian.)

Dalam tulisan itu, Hannah Beech, mengemukakan kalkulus mudah:  "Bagaimana anda menarik pelawat ke tapak bersejarah tanpa merosakkan integriti tapak berkenaan?"  Beliau mendedahkan  akibat pihak berkuasa tempatan tapak itu bersama-sama pemilik perniagaan yang menjadikan tapak Warisan Dunia sebagai sumber kewangan, akhirnya tapak hilang keasliannya.  Beliau mengemukakan apa yang berlaku terhadap Hoi An di Vietnam, Lijiang di China, "Maritime Mercantile City" di Liverpool, dan "Golden Age" Sevile di Sepanyol. Seterusnya, Hannah cuba membayangkan apakah yang terjadi sekiranya lima "Tapak untuk Pembikinan Minuman Keras di China," dengan arus pelawat yang menjadikan tapak itu pub.

Seperti yang berlaku di negara kita sendiri, sejak awal-awal lagi, sejak memohon taraf tapak Warisan Dunia,  matlamat  utama ialah pelancongan yang mengatasi matlamat pemuliharaan yang akhirnya memusnahkan tapak itu. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...