KHAMIS, 11 April 2019
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kira-kira tiga tahun lalu (tahun
2016), kajian mendalam oleh DNA, mengesahkan
kaum Australia peribumi merupakan peradaban yang paling purba di
dunia, berasal usul sejak lebih 50,000 tahun lalu. Ahli sains mampu mengesan
perjalanan yang menakjubkan dilakukan oleh manusia purba yang berani, dengan
meneliti seluruh petunjuk yang ditinggalkan dalam DNA penduduk moden di
Australia dan Papua New Guinea. Analisis menunjukkan bahawa leluhur mereka
berkemungkinan manusia pertama menyeberangi lautan, dan menunjukkan bukti
hubungan prasejarah dengan sepupu hominin yang tidak diketahui.
Ahli
arkeologi yang menjalankan kajian di kepulauan Dampier yang terletak di barat laut pantai Australia menemui bukti rumah batu
bertarikh 9000 tahun lalu hingga ke pengakhiran zaman ais akhir, memperkukuh
bukti agar kawasan ini memperoleh penyenaraian warisan dunia.
Asas
batu bundar yang ditemui di Kepulauan Rosemary, yang paling jauh dari 42 buah
pulau yang membentuk kepulauan itu.
Pulau ini dan berhampiran kepulauan Burrup adalah dikenali sebagai
Murujuga – perkataan bermaksud hip bones sticking out dalam bahasa orang
Ngarluma.
Menurut
profesor Eske Willerslev, ahli genetik
evolusi, yang menerajui kajian itu di University
of Copenhagen, berkata, “Cerita ini hilang sejak sekian lama dalam sains. Kini,
kami tahu saudara mereka ialah lelaki ini merupakan peneroka manusia sebenar
pertama. Leluhur kita mempunyai keberanian yang luar biasa apabila mereka
berjalan merentas Asia dan menyeberangi laut.”
Dapatan
yang muncul dalam satu daripada empat kertas asal usul manusia utama yang
diterbitkan dalam Nature, yang sama-sama memberikan wawasan yang tidak
pernah berlaku sebelum ini tentang bagaimana manusia mula-mula berhijrah keluar
dari benua Afrika, dipecahkan ke dalam penduduk yang berbeza dan tersebar
merentas dunia ini.
Dapatan
Willerslev, berasaskan analisis penduduk baharu 83 peribumi Australia dan 25
peribumi Papua, menunjukkan bahawa kumpulan ini dapat menjejak asal usul mereka
sejak ketibaan pertama lagi di benua ini kira-kira 50,000 tahun lalu dan bahawa
mereka masih terasing secara keseluruhannya hingga kira-kira 4500 tahun lalu.
Mereka berkemungkinan kumpulan tertua di dunia yang dapat dikaitkan dengan satu
tempat khusus.
white; line-height: 200%; margin-bottom: .0001pt; margin-bottom: 0in; mso-outline-level: 1; text-align: justify;">
Dalam
perjalanan ke Australia, manusia awal menemui beraneka jenis spesies hominin
lain yang merayau-rayau, termasuk saudara-mara manusia yang tidak
diketahui yang kini merupakan kira-kira
empat peratus genom Australia peribumi.
Willerslev memberitahu dapatan terbaharu memperkukuh
pandangan bahawa orang Neanderthals dan hominin lain yang kini pupus,
secara tradisional menggambarkan thugs prasejarah berdahi sempit, adalah “dari segi realiti,
tidak berbeza sangat” daripada leluhur
kita sendiri.
Sementara
dapatan kedua menunjukkan bahawa kemunculan kelakuan manusia moden kira-kira
100,000 tahun lalu, ditunjukkan oleh lukisan gua dan alat yang lebih canggih,
tidak kelihatan disertai oleh mana-mana mutasi genetik yang penting. Dipercayai
bahawa genom kita mengandungi sejarah setiap leluhur yang pernah kita ada.
Kajian
juga menunjukkan bahawa penduduk
Khoe-San (bushman) dan Mbuti (pigmi Afrika tengah) kelihatan
berpecah daripada manusia awal yang lain
lebih awal dari ini, menunjukkan bahawa tidak ada perubahan biologi intrinsik
yang secara tiba-tiba mencetuskan budaya manusia. “Tidak ada bukti bagi mutasi
magis yang menjadikan kita manusia,” jelas Willerslev.
Walau bagaimanapun, dapatan itu dipercayai akan
mencetuskan kontroversi dalam bidang ini, iaitu sama ada, bermaksud bahawa
kelakuan dimajukan lebih awal, mereka memajukan kelakuan ini secara bebas,
mereka memperoleh kelakuan itu menerusi pertukaran idea dengan kumpulan lain,
ataupun masa perpecahan yang dianggarkan
terlalu lama.
Kajian Willerslev
juga menyelesaikan perbezaan yang kelihatan antara dapatan genetik yang
menunjukkan bahawa penduduk peribumi mendiami Australia sejak berpuluh-puluh
ribu tahun dan hakikat bahawa bahasa yang dituturkan oleh penduduk ini hanya
kira-kira 4f000 tahun lamanya. “Kami lihat gerakan manusia tersebar seluruh
benua dan meninggalkan pengenalan di seluruh benua,” jelas Willerslev.
“Maksudnya, masa yang bahasa baharu ini tersebar. Memang pengenalan genetik
yang kecil. Besar kemungkinan dua orang lelaki memasuki sebuah kampung dan
berkata, ‘Kawan, kini kita perlu bertutur dalam bahasa lain dan menggunakan
alat batu lain’ dan mereka mengadakan
sedikit hubungan seks di kampung itu dan kemudian mereka lesap.”
Dapatan
terbaharu menunjukkan bahawa leluhur orang Australia moden, yang membawa amaun
DNA orang Neanderthal yang sama kepada
orang Eropah dan orang Asia, tidak mungkin mengambil DNA orang Neanderthal mereka sebelum 60,000 tahun lalu.
Leluhur orang Australia mesti merupakan bahagiannya lewat dan bukannya awal,
tersebar melalui wilayah Neanderthal. Meskipun masih mungkin bahawa manusia
moden merentas selatan Asia sebelum 60,000 tahun lalu, kumpulan ini tidak
memberikan sumbangan signifikan kepada penakatan penduduk moden di luar Afrika,
yang mengandungi bukti saling pembiakbakaan dengan orang Neanderthal.
Sebelum
ini, jika orang ingin mengetahui perihal manusia prasejarah, selalunya mereka
meneliti artifak. Akan tetapi, kumpulan baharu ahli arkeologi yang mengkaji
peninggalan atau relik lelulur kita di tempat yang mustahil, iaitu sarang
tempat manusia tinggal dan memperoleh kefahaman dari mana kita datang dan
bagaimana kita menjelajah sepanjang
sejarah.
Dengan
menganalisis DNA daripada orang di semua wilayah di dunia, ahli genetik Spencer
Wells dalam bukunya, Journey of Man: A Genetic Odyssey merumuskan bahawa
semua manusia yang hidup hari ini berketurunan daripada seorang manusia yang
hidup di Afrika kira-kira 60,000 tahun lalu. Manusia moden, tegas beliau, tidak
memulakan penyebaran mereka merentas dunia
hingga masa itu. Kebanyakan ahli
arkeologi berkata, pemergian beramai-ramai bermula 100,000 tahun lalu, berbeza
40,000 tahun. Wells mengambil asal usul manusia moden dan bagaimana mereka
mendiami seluruh planet ini, yang mencetuskan kontroversi. Kajiannya
menambahkan lagi bidang yang telah pun sesak dengan hipotesis yang bertentangan
yang dikemukakan oleh mereka yang cuba mencari jawapan dalam “batu dan tulang”
yang diusahakan oleh ahli arkeologi dan ahli paleoantropologi dan mereka yang
cuba mencari jawapan dalam darah kita yang diusahakan oleh ahli genetik
penduduk dan ahli biologi molekular. Sepanjang dekad lalu, berlaku debat besar
dalam jurnal saintifik yang mencetuskan
kesedaran awam, tentang sama ada
manusia awal berkembang di Afrika ataupun di tempat lain, apabila mereka mula
berhijrah ke luar, ke mana mereka pergi, dan sama ada mereka saling dibiakkan
dengan spesies kuno ataupun menggantikan spesies itu. Wells menangani isu
tersebut dalam buku ini yang pernah menjadi dokumentari National
Geographic dengan judul yang sama. Dalam cerita yang jelas dan mudah, beliau menjelaskan
bagaimana beliau menjejak pemergian
beramai-ramai manusia moden dari
Afrika dengan menganalisis perubahan genetik dalam DNA daripada kromosome Y.
Seperti yang sering berlaku dalam sains, teknologi membuka bidang untuk cara
baharu menjawab soalan lama yang sering memberikan jawapan yang mengejutkan.
Dipercayai
bahawa pemergian beramai-ramai manusia
bermula dari Afrika melalui semenanjung
Arab untuk menjelajah ke seluruh pelosok dunia, ke Timur dan ke Barat.
Keputusan genetik tanpa diragui menunjukkan
bahawa kita semua orang Afrika, yang merupakan ibu bapa setiap orang
yang hidup pada hari ini. Sebagai spesies, l kita sangat keberatan meninggalkan
kediaman nenek moyang kita. Dorongan untuk berhijrah keluar dari Afrika akhirnya berlaku hanya 40,000 tahun lalu.
Asia Tenggara dan Australia yang mula-mula menerima kita, manakala orang
Afro-Eropah dan Afro-Amerika, secara relatifnya, pendatang baharu.
Penggunaan
genetik penduduk dan biologi molekular dalam penyelidikan asal usul manusia
semakin penting dalam membantu menyelesaikan debat yang panjang tentang di
manakah manusia moden mula-mula berkembang. Menurut model pelbagai wilayah,
bentuk manusia kuno meninggalkan antara satu juta hingga dua juta tahun lalu,
dan manusia moden berkembang daripada mereka secara bebas dan serentak di
negara kecil Afrika, Eropah, dan Asia. Kajian Wells dan kajian lain mengesahkan
penerimaan yang lebih meluas model Keluar dari Afrrika (Out
of Africa), yang menyatakan bahawa
semua manusia moden berkembang di Afrika dan kemudian berpindah melalui
beberapa gelombang penghijrahan, akhirnya menggantikan mana-mana spesies awal.
Bukti
genetik menunjukkan bahawa Homo sapiens merupakan asal usul baharu dan muncul di Afrika. Penduduk
Afrika mempunyai alel paling kuno dan kepelbagaian genetik paling besar, yang
bermaksud mereka adalah yang tertua. Spesies kita berkemungkinan muncul pada
150,000 tahun lalu, dengan penduduk mungkin 10,000 orang.
Journey
of Man: A Genetic Odyssey padat dengan wawasan penting yang melihat
sejarah kita dan hubungan kita antara satu sama lain. Buku ini juga memberikan
perhatian terhadap penyebaran pertanian yang
menimbulkan persoalan adakah
pertanian tersebar di seluruh dunia dalam kepala petani yang pergi dari
sebuah ke sebuah tempat, atau adakah idea berpindah daripada satu kepala
manusia kepada satu kepala manusia lain tanpa sesiapa pun perlu berpindah
begitu jauh?
Pola
geografi artifak arkeologi dan mutasi genetik bersama-sama menunjukkan bahawa
penanaman berpindah ke China menerusi Asia Tenggara berikutan perpindahan
manusia, tetapi idea pertanian yang sama
mungkin tersebar dari Mediterranean ke utara Eropah kebanyakannya dari mulut ke mulut.
Kini,
wujud persetujuan umum bahawa erectus Homo pelopor kepada manusia moden,
berkembang di Afrika dan secara beransur meluas ke Eurasia bermula kira-kira
1.7 juta tahun lalu. Pada kira-kira 100,000 lalu, beberapa spesies hominid
mendiami bumi ini, termasuk Homo sapiens di Afrika, erectus Homo di Asia
Tenggara dan China, dan manusia Neandertal di Eropah. Pada kira-kira 30,000
tahun lalu, hanya spesies hominid yang takat ialah Homo sapiens. Akan tetapi, tidak wujud perbezaan yang sangat
berbeza, bilakah leluhur kita
meninggalkan Afrika dan ke manakah mereka pergi.
Menurut
Wells, bukti beliau berasaskan DNA dalam kromosome Y menunjukkan bahawa
pemergian beramai-ramai bermula antara 60,000 dengan 50,000 tahun lalu. Menurut
pandangannya, pengembara awal menyusul garis pinggir laut selatan Asia,
menyeberangi laut kira-kira 250
kilometer, dan menjajah Australia pada kira-kira 50,000 tahun lalu. Orang Asli
Australia, menurut Wells, ialah keturunan gelombang pertama penghijrahan keluar
dari Afrika yang berlaku kira-kira 100,000 tahun lalu. Walau bagaimanapun,
bukti arkeologi menunjukkan bahawa wujud manusia moden sekurang-kurangnya di
dua buah tempat di wilayah Levant Timur Tengah 90,000 tahun lalu. Mereka hilang
dari Levant kira-kira 10,000 tahun kemudian,
tetapi tidak ada bukti takat selatan yang lebih jauh di Asia. Juga tidak
ada bukti tentang Homo sapiens di Australia 60,000 tahun lalu dan mereka
melalui India dan Asia Tenggara untuk ke
sana.
Wells
bersetuju bahawa mungkin manusia awal menyerbu ke Timur Tengah, tetapi
menegaskan bahawa Levant 100,000 hingga 150,000 tahun lalui pada hakikatnya,
pengembangan timur laut Afrika dan berkemungkinan bahagian julat asal Homo
sapiens awal. Peneroka awal ini digantikan oleh orang Neandertal
di wilayah itu kira-kira 80,000 tahun lalu.
Dengan membangkitkan asal usul manusia, bermakna kita
menelusur pembentukan peradaban.
Kajian tentang peradaban pernah dipelopori oleh Ibn Khaldun dalam karya
agungnya, Mukadimah. Dengan menggunakan tipologi masyarakat, iaitu Badwi dan hadhari,
Ibn Khaldun menganalisis bentukan budaya masyarakat Arab. Kedua-dua masyarakat itu berbeza bukan sahaja
pada nama, tetapi juga pada kehidupan dan interaksi yang berlaku dalam kalangan
mereka sebagai menjelaskan lagi kepentingan budaya dalam masyarakat. Daripada
budaya primitif masyarakat beralih ke arah peradaban oleh keinginan akan kekayaan dan kemewahan,
meskipun laluannya selalunya tidak mudah.
Ibn Khaldun menjelaskan, peradaban
atau budaya yang berkisar dalam kehidupan di kota adalah penyempurnaan
semula jadi kehidupan yang bermula dengan budaya primitif dan tujuan fitrah
manusia digerakkan sejak pembentukan kehidupan bermasyarakat yang paling
asas. Melihat kepada hubungan tujuan
ini, budaya primitif ialah satu budaya tidak sempurna yang hanya memenuhi
keperluan asas manusia. Sebaliknya,
peradaban lebih memenuhi keperluan dan
keinginan yang mungkin tidak penting untuk kekal hidup, tetapi bersifat semula
jadi dan perlu kerana keinginan ini
terpendam dalam roh manusia yang menunggu peluang untuk mendedahkan diri.
Tambah
Ibn Khaldun, kota ialah tempat bagi memenuhi keinginan ini, seperti nafsu untuk
berkuasa, cintakan kemewahan dan nikmat serta keinginan untuk berehat dan
berfoya-foya. Oleh itu, apabila kesatuan dan sebab agama memberikan satu
tekanan untuk membentuk atau menakluki kota, maka budaya primitif terpaksa
bergerak ke arah peradaban dan
pembentukan institusi politik, ekonomi, dan ilmu berperadaban yang bergerak ke arah memenuhi keinginan ini.
Dalam keseluruhan peradaban,
kepentingan negara dan institusi politik tetap tidak dipertikaikan oleh Ibn
Khaldun. Negara membina kota, dan tahap
pembandaran bergantung pada sokongan dan perlindungan sebuah negara yang berkuasa. Kajian beliau tentang perkembangan peradaban
secara asasnya ialah kajian perkembangan negara berperadaban dan pemerhatian terhadap interaksi aspek lain
dalam negara.
Ibn Khaldun mengemukakan idea penting yang memainkan peranan utama
dalam transformasi masyarakat, berkait dengan daya pemacu dinamik yang baharu.
Setiap masyarakat berubah dari tahap primitif ke tahap maju peradaban, dari
luar bandar ke bandar. Kepaduan sosial
atau asabiyyah memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan kejatuhan peradaban
manusia yang adalah intrinsik dalam maksud bahawa beliau bercakap tentang
kelahiran, pertumbuhan, kematangan, kemerosotan atau dekanden, kesenilan, dan
kematian.
James C. Scott Against
the Grain: A Deep History of the Earliest States
membincangkan paradoks naratif negara dan peradaban, yang menurut beliau, diberitahu, secara tipikal, sebagai satu kemajuan (progress).
Dalam perbincangan ini, beliau turut menyentuh Homo sapiens yang wujud sebagai
subspesies kira-kira 200,000 tahun lalu dan ditemui di luar Afrika dan Levant
tidak lebih 60,000 tahun lalu. Bukti pertama tumbuhan ditanam dan komuniti
tinggal menetap kelihatan kira-kira 12,000 tahun lalu. Hingga tempoh itu, boleh
dikatakan 95 peratus pengalaman manusia di bumi ini hidup dalam kumpulan kecil,
bergerak, lesap, egalitarian secara relatifnya, perburuan dan pengumpulan.
Scott menjelaskan, manusia sejarah terpukau oleh naratif kemajuan dan peradaban
dikanunkan oleh negara beraja agraria agung pertama. Sebagai masyarakat baharu dan sangat
berkuasa, mereka nekad untuk membezakan
diri mereka seketara yang mungkin daripada penduduk yang daripada
penduduk itu mereka berkembang dan bahawa masih
diisyaratkan dan diancam di pinggiran mereka. Pada hakikatnya,
sememangnya cerita “pendakian manusia.” Pertanian yang diamalkan, menggantikan
manusia buas, liar, primitif, tanpa undang-undang, dan dunia ganas perburuan
dan pengumpulan dan nomad. Sebaliknya, amalan penanaman tetap menggambarkan
permulaan peradaban dengan kehidupan menetap, kewujudan agama formal,
masyarakat, dan kerajaan menurut undang-undang.
Hujah Scott, daripada Thomas Hobes
kepada John Locke kepada Giambatissta Vico kepada Lewis Henry Morgan kepada
Herbert Spencer kepada Oswald Spengler kepada penyataan evolusi sosial secara
umum, “rentetan kemajuan daripada perburuan dan pengumpulan kepada nomadisme
kepada pertanian (dan daripada kumpulan kepada kampung kepada
bandar kepada kota) ialah doktrin tinggal menetap.” Scott dalam
naratifnya itu, sepatutnya bermula dengan Ibn Khaldun yang mempelopori rentetan kemajuan daripada Badwi kepada
peradaban dan daripada gurun kepada kampung kepada kota dengan doktrin tinggal
menetap. Hujah Scott seterusnya, masih tidak lari daripada pemikiran Ibn
Khaldun tentang peradaban tinggal menetap dengan warganya hidup dalam
kemewahan, berfoya-foya, dan mempunyai masa
lapang. Tulis Scott, “kemajuan yang lebih besar manusia dengan kesejahteraan,
lebih masa lapang, pemakanan yang lebih baik, jangkaan hayat yang lebih panjang, dan tahan lama,
iaitu kehidupan menetap yang menggalakkan seni isi rumah dan perkembangan peradaban.”
Sebagaimana Ibn Khaldun, James Scott membincangkan keselarian pembentukan
negara dan pembinaan peradaban.
No comments:
Post a Comment