SELASA, 19 Ogos 2014
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ahli ekonomi, Nouriel Roubini seakan-akan memberikan kata dua bahawa zon euro yang dilanda krisis hutang memerlukan pertumbuhan dan bukan lagi jimat-cermat. Sejak November tahun lalu, Bank Pusat Eropah (ECB) di bawah kepimpinan Presiden baru, Mario Draghi mengurangkan kadar dasarnya dan melaksanakan dua suntikan lebih satu trilion euro kecairan ke dalam sistem perbankan zon euro. Langkah ini, bahas Roubini dalam The Guardian pada pertengahan April lalu, membawa pengurangan sementara waktu beban kewangan yang ditanggung oleh negara di pinggir zon, iaitu Greece, Sepanyol, Portugal, Italy, dan Ireland, mengurangkan risiko kecairan dengan ketara yang menyerap dalam sistem perbankan zon euro, dan memotong kos pembiayaan untuk Italy dan Sepanyol daripada tahap tidak mapan mereka pada musim gugur lalu. Pada masa yang sama, kemungkiran teknikal oleh Greece dapat dielakkan, dan negara itu berjaya melaksanakan jika memaksa, penyusunan semula hutang awamnya.
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ahli ekonomi, Nouriel Roubini seakan-akan memberikan kata dua bahawa zon euro yang dilanda krisis hutang memerlukan pertumbuhan dan bukan lagi jimat-cermat. Sejak November tahun lalu, Bank Pusat Eropah (ECB) di bawah kepimpinan Presiden baru, Mario Draghi mengurangkan kadar dasarnya dan melaksanakan dua suntikan lebih satu trilion euro kecairan ke dalam sistem perbankan zon euro. Langkah ini, bahas Roubini dalam The Guardian pada pertengahan April lalu, membawa pengurangan sementara waktu beban kewangan yang ditanggung oleh negara di pinggir zon, iaitu Greece, Sepanyol, Portugal, Italy, dan Ireland, mengurangkan risiko kecairan dengan ketara yang menyerap dalam sistem perbankan zon euro, dan memotong kos pembiayaan untuk Italy dan Sepanyol daripada tahap tidak mapan mereka pada musim gugur lalu. Pada masa yang sama, kemungkiran teknikal oleh Greece dapat dielakkan, dan negara itu berjaya melaksanakan jika memaksa, penyusunan semula hutang awamnya.
Namun
begitu, tegas Nouriel “Dr. Doom” Roubini, “bulan madu berikutnya untuk pasaran
berlaku hanya sekejap. Penyebaran kadar
faedah untuk Italy dan Sepanyol meluas semula, manakala kos peminjaman untuk
Portugal dan Greece terus-menerus tinggi.
Dan, yang pasti, kemelesetan di pinggir zon euro semakin dalama dan
bergerak ke negara teras, iaitu Perancis dan Jerman. Sesungguhnya, kemelesetan akan menjadi teruk
pada tahun ini kerana beberapa alasan.
Pertama, jelas beliau, jimat-cermat fiskal sarat di hadapan (austerity fiscal front-loaded), meskipun
perlu, mempercepat penguncupan kerana cukai yang tinggi dan perbelanjaan
kerajaan yang rendah dan bayaran pindahan mengurangkan pendapatan boleh guna
dan permintaan agregat.
“Masalanya
adalah zon euro mempunyai strategi, tetapi tidak mempunyai strategi
pertumbuhan,” jelas Roubini. “Dan, tanpa
strategi tersebut, semua zon itu ada ialah strategi kemelesetan yang menjadikan
jimat-cermat dan pembaharuan gagal dengan sendirinya, kerana sekiranya output
terus menguncup, nescaya defisit dan nisbah hutang akan terus meningkat kepada
tahap tidak mapan. Tambahan pula, tindak
balas sosial dan politik yang hebat akhirnya akan semakin menjadi-jadi.”
Pada
akhir Januari tahun ini, para pemimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank
Dunia, dan Organisasi Perdagangan Sedunia (WTO) memberikan amaran tentang
risiko ekonomi dan sosial program jimat-cermat dalam “gesaan untuk bertindak”
direka untuk merangsang pertumbuhan dan melawan fahaman perlindungan.
Melahirkan rasa prihatin tentang kelemahan aktiviti ekonomi dan pengangguran
yang meningkat, Christine Lagarde daripada IMF, Robert Zoellick daripada Bank
Dunia, dan Pascal Lamy daripada WTO, menyertai ketua lapan institusi
multilateral dan serantau lain menyeru dasar untuk mewujudkan pekerjaan,
menangani ketidaksamaan, dan menyuburkan ekonomi global. Mencerminkan
keprihatinan IMF tentang program pengurangan defisit yang terlalu agresif,
kenyataan bersama itu menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya “mengurus penyatuan
fiskal untuk menggalakkan dan bukannya untuk mengurangkan prospek pertumbuhan
dan guna tenaga. Penyatuan fiskal itu
sepatutnya dilaksanakan secara bertanggungjawab dari segi sosial.”
Jika
tahun 2008 ialah kejutan dan 2009 ialah krisis, maka perkataan tahun 2010 ialah
jimat-cermat. Jimat cermat merupakan perkataan yang menarik: lapang dan jelas,
petah dan tajam. Apabila cahaya
pemulihan mula kelihatan di hujung
terowong atau dengan kata lain, “pucuk hijau” mula bertunas, maka sejak pertengahan
tahun 2010, banyak negara, terutamanya di Eropah, berlumba-lumba melaksanakan
langkah jimat-cermat tanpa mengambil kira bahawa pemulihan masih lemah dan
pertumbuhan perlahan, manakala pengangguran masih tinggi: “Mendengar guruh di langit air di tempayan
dicurahkan.”
Di
Eropah, dari Greece ke Sepanyol, nyata
bahawa jimat-cermat gagal. Dengan merujuk kes Sepanyol, jimat-cermat di Eropah
diisytiharkan gagal. Dalam persekitaran
ekonomi yang menguncup (unjuran terbaharu -1.7 peratus), data terbaharu, iaitu
Februari tahun ini, pengangguran 23.6 peratus, pengangguran belia 50.5
peratus), dan krisis sosial yang amat mendalam, kerajaan Sepanyol menghasilkan pakej penyatuan yang terlalu
keras dalam sejarah negara itu. Sepanyol
dijangkakan akan sekali lagi menjadi model peranan Eropah untuk dasar fiskal,
tetapi kali ini untuk kegagalan jimat-cermat Eropah.
Pakej
jimat-cermat kedua diluluskan dalam tempoh 100 hari pertama kerajaan baru
pimpinan Perdana Menteri Mariano Rajoy, dengan nilainya 27.3 bilion euro, iaitu
2.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Para menteri terpaksa memotong perbelanjaan mereka sebanyak 17 peratus
secara purata, dengan tumpuan terhadap pelaburan awam, dasar pasaran buruh yang
ketat, dan penyelidikan dan pembangunan (P&P). Meskipun kadar pengangguran dijangkakan
meningkat kepada 24.3 peratus tahun ini (kira-kira 600,000 orang), bahas Georg
Feigl dalam Social Europe Journal,
“perbelanjaan untuk faedah pengangguran dikatakan merosot, menandakan langkah
terhadap pengangguran juga dipotong. Seseorang
sepatutnya fikir bahawa Comunidades Autónomas perlu memotong
defisit mereka sebanyak 1.4 peratus KDNK lagi, dengan itu, 27.3 bilion euro
hanya bahagian paling jelas untuk usaha penyatuan keseluruhan.”
Bahas
Feigl lagi, “kegagalan akan gagal.
Kemungkinan besar bahawa langkah ini akan merosakkan guna tenaga dan
ekonomi dengan lebih teruk. Jelas bahawa
kerajaan tidak mengambil kira kesan berganda langkah yang diambil itu, yang
sepatutnya signifikan. Untuk Sepanyol,
anggaran staf IMF menunjukkan 0.6 peratus kejatuhan KDNK untuk satu peratus
penyatuan fiscal KDNK.
Yang
berlaku di Sepanyol itu, memetik editorial The
Guardian pada 29 Mac 2012, “Jimat-cermat membawa kesakitan di Sepanyol.” Tidak memeranjatkan kesatuan sekerja negara
itu melancarkan mogok dan tidak memeranjatkan bahawa Parti Popular Perdana
Menteri Mariano Rajoy yang baharu sahaja berkuasa, tewas dalam pilihan raya
wilayah di Andalucia.
Data muram tentang Eropah menunjukkan zon euro terhumban
semula ke dalam kemelesetan. Pengangguran di zon ini meningkat
kepada tahap tertinggi sejak tahun 1997, dengan 17 juta orang tanpa pekerjaan
pada Februari, iaitu pada kadar 10.8 peratus, menyerlahkan kos yang
membimbangkan krisis hutang yang berpanjangan. Pembuatan di zon euro jatuh
selama lapan bulan berturut-turut kerana masalah di Greece dan Sepanyol merebak
ke Perancis dan Jerman. Pasaran buruh di zon euro dijangkakan terus sukar
pada tahun 2012. Permintaan domestik terjejas akibat pasaran buruh yang
sukar dan langkah jimat-cermat yang ketat. Suku pertama dan kedua tahun
2012 akan menunjukkan penguncupan diikuti oleh sedikit pemulihan.
Ekonomi Eropah terbenam dalam krisis fiskal lebih dua
tahun, memaksa syarikat memotong pekerjaan dan mengasak ekonomi dari Sepanyol
ke Ireland terhumban ke dalam kemelesetan. Jimat-cermat yang dilaksanakan
oleh Sepanyol tidak akan menyelesaikan krisis hutang. Meskipun
para pemimpin Eropah membantu Greece dengan pakej penyelamat kedua yang diluluskan
pada Februari lalu, sentimen ekonomi secara tidak dijangkakan jatuh pada Mac.
“Jika zon euro ingin terus wujud,” editorial The Observer pada 8 April lalu
mengingatkan, “kempen jimat-cermat Brussels mesti dihentikan,” sambil menambah,
“Sepanyol tidak perlu menjadi Greece yang berikutnya, tetapi hanya jika para
pemimpin kewangan kita menunjukkan bahawa mereka mempelajari pengajaran yang
berlaku baru-baru ini.” Kesatuan Eropah
diperhatikan mengulangi pola yang sama, tanpa menyedari sedikit pun bahawa
versinya itu lebih keras daripada IMF.
Sama ada di Greece atau Portugal, resipi secara keseluruhannya adalah
sama, iaitu negara kebajikan yang semakin mengecil, pemotongan gaji dan
pemberhentian penjawat awam, penswastaan aset negara, persaingan pasaran yang
meningkat menerusi pembatalan kawal selia dan kesatuan sekerja yang dilemahkan.
Eropah diperhatikan beralih dengan begitu cepat ke arah
jimat-cermat, membahayakan peluang benua itu untuk pertumbuhan. Seperti yang
pernah dibahaskan, jimat-cermat adalah untuk zaman melambung dan bukannya zaman
meleset. Ahli ekonomi, Tim Congdon dikatakan pernah menolak debat antara
jimat-cermat dengan pertumbuhan sebagai “karut.” Buktinya, tegas beliau memang
jelas, iaitu negara dengan defisit kerajaan yang lebih kecil tumbuh lebih
pantas berbanding dengan negara dengan defisit kerajaan yang lebih besar. Namun
begitu, pandangan beliau itu dianggap tidak betul kerana menurut IMF, Amerika
Syarikat yang hutang kerajaan berbanding dengan nisbah KDNK ialah 105 peratus
dan defisit ialah 7.9 peratus KDNK, diramalkan tumbuh sebanyak 1.8 peratus pada
tahun ini, manakala Britain, dengan
nisbah hutang 81 peratus dan defisit 7.0 peratus KDNK, dijangkakan tumbuh hanya
0.8 peratus. Ernst & Young Item Club meramalkan pertumbuhan KDNK Britain
pada tahun ini adalah “muram,” iaitu
hanya 0.4 peratus, meskipun negara itu dapat mengelakkan kemelesetan
curam berganda.
Robert Shiller yang menulis dalam The Guardian pada Januari tahun ini, cuba membangkitkan
persoalan: Mampukah jimat-cermat
merangsang pertumbuhan ekonomi? Untuk
menjawab persoalan tersebut, beliau merujuk Bernard Mandeville, Fable of the Bees: or Private Vices, Public Beneficts bahawa
masyarakat makmur (lebah) tiba-tiba memilih untuk membuat kebijakan
jimat-cer,at, menggugurkan semua perbelanjaan berlebihan dan penggunaan boros. Karya klasik Mandeville itu, jelas Shiller,
mencetuskan kontroversi yang mendalam yang berterusan hingga hari ini. “Rancangan jimat-cermat yang diterima pakai
oleh kerajaan di banyak negara Eropah dan tempat-tempat lain di dunia, di
samping pengurangan perbelanjaan
penggunaan oleh individu, mengancam untuk mencetuskan kemelesetan global.”
Daripada kisah lebah, Shiller pergi kepada kajian
terbaharu oleh ahli ekonomi Harvard, Alberto Alesina, yang merumuskan
keterangan yang berkait, sama ada pengurangan defisit kerajaan, iaitu
pemotongan perbelanjaan dan/atau peningkatan cukai, selalunya menghasilkan kesan
negatif sedemikian. “Jawapan untuk
soalan ini” seperti yang dipetik oleh Shiller, “adalah memang jelas
tidak.” Ada kalanya, bahkan selalunya,
ekonomi menjadi maju, berjaya dengan elok selepas defisit kerajaan dikurangkan
dengan ketara. Ada kalanya, hanya mungkin, program jimat-cermat menggalakkan
keyakinan semikian rupa untuk mencetuskan pemulihan.
Beliau juga memetik kajian terbaharu oleh Jaime
Guajardo, Daniel Leigh, dan, Andrea Pescatori daripada IMF tentang
rancangan jimat-cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan di 17 buah negara sejak
30 tahun lalu. Analisis mereka mendapati
wujud kecenderungan yang jelas untuk program jimat-cermat untuk mengurangkan
perbelanjaan penggunaan dan melemahkan ekonomi.
“Kesimpulan itu,” hujah Shiller, “jika sahih, memperlihatkan amaran yang
keras terhadap para penggubal dasar sekarang.”
Pada penghujung tulisannya itu Shiller mengesyorkan
supaya kita belajar daripada analisis sejarah, seperti yang pernah dibangkitkan
dalam oleh Mandeville dan beberapa orang penggantinya, termasuk John Maynard
Keynes yang mengajar bahawa wujud alasan untuk menjangkakan bahawa jimat-cermat
akan mewujudkan kemelesetan. “Oleh sebab
tidak wujud teori abstrak yang dapat meramalkan bagaimana orang ramai akan
bertindak balas terhadap program jimat-cermat,” hujah beliau, “maka kita tidak
mempunyai alternatif, kecuali melihat keterangan sejarah. Dan keterangan Guarjado dan rakan-rakannya
membuktikan bahawa keputusan kerajaan dengan sengaja untuk menerima pakai
program jimat-cermat cenderung disusuli oleh masa yang sukar.” Hujah Shiller lagi dengan nada amaran, “para
penggubal dasar tidak boleh menunggu berdekad-dekad untuk ahli ekonomi
memberikan jawapan yang muktamad, yang tidak dapat ditemui sama sekali.
Akan tetapi, berdasarkan keterangan program jimat-cermat yang kita ada
di Eropah dan tempat-tempat lain jelas menghasilkan keputusan yang
mendukacitakan.”
Di Eropah, pendapat
rasmi semakin mula mengakui jimat-cermat tidak berkesan. IMF dan anehnya agensi penarafan Standard and
Poor’s (S&P) mengeluarkan amaran bahayaa pemotongan yang teruk yang
dilaksanakan belum tiba masanya.
Kesatuan Eropah pula memberikan perhatian terhadap pekerjaan dan
pertumbuhan – sesuatu yang pastinya tidak mampu diwujudkan melalui
jimat-cermat.
(Nota: Tulisan asal makalah yang pernah diterbitkan dalam Dewan Ekonomi, Jun 2012.)
(Nota: Tulisan asal makalah yang pernah diterbitkan dalam Dewan Ekonomi, Jun 2012.)