Artikel Popular

Tuesday, May 1, 2012

Makan Daging Mengikut Negara

SELASA, 1 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Apabila terbongkarnya skandal National Feedlot Corporation (NFC), susulan daripada Laporan Ketua Audit Negara, pihak yang mempertahankan projek yang menelan belanja RM250 juta menggunakan alasan keselamatan makanan (food security). Satu hujah yang jelas memperlihatkan kelemahannya kerana daging lembu bukannya dalam senarai teratas keperluan makanan rakyat di negara ini. 

Carta harian The Economist menyenaraikan negara yang rakyatnya kuat makan daging, dengan Luxembourg menduduki tangga paling atas, diikuti oleh Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, French Polynesia, Austria, Kanada, Bahamas, Israel, dan Denmark - menduduki 10 teratas.  Sementara Argentina terkenal dengan rakyatnya gemar makan daging lembu, iaitu 55 kg untuk setiap orang setahun, diikuti oleh Luxembourg, kira-kira 43 kg.  

Seterusnya, dalam data penuh, didapati Malaysia menduduki tangga ke-74 daripada 177 buah negara, lebih bawah jika dibandingkan dengan Brunei yang menduduki tangga ke-45.   Rakyat Malaysia hanya makan daging lembu sebanyak 5.85 kg setahun berbanding dengan daging babi 7.55 kg dan ayam itik 33.95 kg. 


Sementara  India menduduki tangga paling bawah, selepas Bangladesh.  Rakyat India, terutamanya yang beragama Hindu menganggap lembu suci, maka penduduk negara itu  hanya makan daging lembu 2.65 kg, membayangkan mereka mengamalkan vegetarian.  Namun, The Independent mendedahkan bahawa di India, amalan tersebut merupakan kepura-puraan. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...